Header Ads

Tak Jadi Pergi Pratonton Alamak Toyol! Makan Kenyang-Kenyang



Semalam kalau ikutkan memang dah rancang nak pergi tengok Pratonton Alamak Toyol yang dibuat di MBO Subang Parade, macam mana aku boleh dapat pass pratonton nih, seperti yang aku kongsikan sebelum nih... caranya masih sama... iaitu aktif di Fan Pages David Teo ataupun MiG Online untuk sertai sebarang aktiviti yang dianjurkan...Sejak menang aktiviti Filem 321sudah byk kali aku hadir Majlis Prebiu Filem keluaran Metrowealth. Cuma kali ini saja tak dapat sertai, rasa macam rugi plak...tak dapat tengok free dan buat review kt blog pasal Filem Alamak Toyol ni kan.... huhu...


Aku telah bagitau Ujang sejam lebey sebelum majlis tayangan bermula... taktau la dia dapat cari wakil ke tak...huhu...


Dengan cuaca yang tak mengizinkan, jammed waktu nak gi amek MyLove, dengan kemalangan pulak kat federal highway menghala ke klang, semua ni menjadi sebab aku membatalkan hasrat ke prebiu filem tu walaupun sempat...tapi takpelah...termissed 1x je kan...


So agenda tengok wayang da tak jadi, jadi dalam hujan lebat aku pergi tukar bulb lampu kete kesayangan aku yang dah hampir sepet sebelah. Dah settle bayar, terpaksa datang semula buat u-turn balik, leceh betul!...sebab terperasan yang lampu tu takde function low beam...high beam jer...kang naya orang depan menyumpah-nyumpah kat aku plak....
Seterusnya, barulah mencari tempat mengisi perut yang kelaparan...HuHu...di Restoran D'Hati kat Seksyen 7 jer... (",) Menu seperti biasa, Sayur Kailan Ikan Masin, Tom Yam Campur, Paprik Ayam dan semuanya sedap-sedap... 



Kenyang dan selesai lah seperti ape yang tak aku rancang, tapi takpe... dapat aku luangkan masa bersama MyLove lama skit (",)... 


Sejak akhir-akhir ni kurang sikit dapat update blog utk. personal aktiviti, banyak sangat sehingga tak terupdate...huhu...kalau pasal bola pun lambat gak aku nak update...gambar Final Piala Malaysia ni banyak sangat...huhu
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.