Header Ads

Ambil Borang pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Isnin Ini (SARA 1Malaysia)

Alamak, borang pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ( Borang SARA 1Malaysia ) dah boleh diambil di kaunter Cawangan Maybank, CIMB, RHB dan juga BSN. Tarikh edaran borang pinjaman SARA 1Malaysia ialah mulai Isnin ini 30 Januari 2012. Download Borang Pinjaman Amanah SARA 1 Malaysia?Borang ini tidak boleh didownload di Internet. (",)
Senarai Bank Yang Terlibat dalam Pinjaman SARA 1 Malaysia.
SARA 1Malaysia atau nama penuhnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ini khas untuk isi rumah yang berpendapatan rendah RM500-RM3000 sebulan. Yang mana syarat minimum simpanan dalam ASNB mestilah dibawah RM10,000. Jom tengok syarat-syarat nak mohon Skim SARA ni.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)
KELAYAKAN PERMOHONAN


1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
-->Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
-->ASB Sejahtera; dan
-->ASW 2020 Bandar
6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
-->Bumiputera - 50%;
-->Cina - 30%;
-->India - 15%; dan
-->Lain-lain - 5%
9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.

Senarai Dokumen yang diperlukan untuk memohon SARA 1Malaysia
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Dokumen Utama
-->Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
-->Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
-->Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
-->Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
-->Borang Jualan Balik ASNB 31
-->Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
-->Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
2. Dokumen Sokongan
-->Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
-->Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
-->Dokumen Pengesahan Pendapatan
----->Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
----->Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
>>>* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen
Tarikh Tutup Permohonan SARA 1MalaysiaPermohonan dibuka selama satu tahun mulai dari tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Nampaknya aku tak dapat apply lah SARA 1Malaysia ni, sebab belum berISI RUMAH TANGGA...hehehe... tapi jikalau cepat RUMAH TANGGA terISI, sempat lah selagi stok RM500 juta ni masih ada...
Pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada 100,000 isi rumah. Agihan adalah berdasarkan "permohonan awal didahulukan". Permohonan dibuka selama satu tahun mulai dari tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Siapa Layak Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia??? Semua orang yang income bulanan bawah RM3000. Yang pasti berumah tangga, kalau bujang, memang tak layak...kecuali Ibu atau Bapa tunggal...Jadi siapa yang taknak RM50 atau RM134 setiap bulan kan... Kalau buat pinjaman RM5000 dapatlah RM50 tiap-tiap bulan dalam bentuk unit saham setelah ditolak RM84 bayaran pinjaman... (",)

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
Borang pinjaman SARA 1Malaysia diedar Isnin
KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.

Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
“Mereka hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun, manakala insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M,” katanya sambil menambah sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada 100,000 isi rumah yang akan diagihkan berdasar permohonan awal didahulukan.

Beliau berkata, menerusi skim itu peserta hanya perlu membayar RM84 sebulan dan selepas lima tahun, sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.
Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RMRM3,000 sebulan layak menyertai. - Berita Harian 28 Januari 2012.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) dan Cara Permohonan Pinjaman SARA 1 Malaysia.sila layari http://www.sara1malaysia.com.my
Ada sesiapa yang dapat tak? ke memang tak nak mohon Borang SARA 1Malaysia ni??? hehehe....


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

  Borang SARA Satu Malaysia, Maklumat pinjaman sara 1 malaysia, Download Borang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, Download Borang Pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, Download Borang Permohonan Pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, Lokasi Ambil Borang Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia di Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak ialah di 4 Jenis Bank berdekatan anda.

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.