Header Ads

Ke Kenduri Kahwin di Jerantut


Defarhano kini berada di Jerantut, Pahang untuk majlis kenduri kahwin saudara belah orang rumah. (",)

Bertolak petang tadi dalam keadaan hujan lebat dari Putrajaya dan seperti biasa akan mengalami kesesakan jalanraya di MRR2. Stress!

Dengan keadaan perut yang lapar, Mc'Donald's Drive Thru di Taman Melati menjadi tempat persinggahan. Jadi makanlah di dalam kereta Double Cheeseburger dan Mc'Chicken and Milo Ais untuk cover perut yang agak lapar3x...

Perjalanan ke Jerantut melalui Tol Gombak RM5.00 dan Tol Bentong RM3.00 dan seterusnya Bayaran terakhir di Exit Tol Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan kos RM6.00.Masa perjalanan Temerloh ke Jerantut dalam sejam perjalanan.

Sedap juga masakan di sini, dengan menu Gulai Tempoyak Ikan Patin, Gulai Daing (Gulai daging @ kari...) Sup Tulang/Daging/Gear Box dan lain3x... tapi tekak tak lalu nak makan menu Ikan Patin tu, sebab dah macam-macam cerita dengar pasal Ikan Patin ni kan... huhuhu....
 Nilah pengantin tersebut, dua-dua anggota polis, gambar malam berinai pun pakai baju polis warna putih, baju pancaragam eh???....takda mood nak ambil gambar, sebab dah ngantuk+xbawa kamera DSLR ;-(


Jadi mata pun dah agak mengantuk, waktu tidur pon dah sampai...itu jelah yang dapat Defarhano coretkan...

* Jarang update aktiviti on the spot... kisah kenduri kahwin pon tak terupdate...hehehe...Selamat Malam~
 

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.