Header Ads

Dari Jerantut ke Dungun


 Hari ini meneruskan perjalanan dari Jerantut ke Kemaman pergi ke Dungun dan kembali ke Kemaman semula.


Al-Kisah perjalanan hari ini bermula dari Jerantut ke Kemaman sejauh lebih kurang 220 kilometer perjalanan, kami masuk di Highway Plaza Tol Chenor dan Keluar di Plaza Tol Jabor dengan bayaran RM13.70. Rasanya macam sama kos tol kalau 'direct' dari Karak ke Jabor RM21. Semalam dari LPT Karak ke Tol Temerloh RM6.00... Jadi RM6 + RM13.70 total kos RM19.70, kurang RM1.30 jer...huhu.....
Sampai di Kemaman singah dulu di Hospital Kemaman, kerana adik ipar diserang demam denggi. Agak sedih juga keadaan Hospital Kemaman, kerana Wad yang asalnya menampung 3 katil, kini terpaksa duduk berhimpit dengan muatan 4 katil satu baris...Sepatutnya dah boleh tambah bangunan baru dah.... petang tadi Adik Ipar discharge...
Selepas melawat, balik ke rumah dan rehat-rehat seterusnya meneruskan perjalanan ke Dungun, hantar kakak ipar di yang menetap berdekatan UiTM Dungun. Stay di sana sampai jam 7.00. Selepas makan-makan masakan ikan segar @ Ikan Bawal masak merah.... yang dibeli dari peraih ikan / nelayan yang baru mendarat di pantai dalam jam 3.30 petang tadi...Sedap betul...nyum3x... ada bawa balik sedikit stok untuk keluarga di Putrajaya. (",)
Jam 7.00 malam bertolak semula ke Kemaman, dan selamat sampai dalam jam 8.15 malam di rumah. Maka tamatlah perjanalan hampir 400 kilometer hari ini. (",). Semalam dah beratus kilometer Putrajaya Jerantut, hari ini lagi... esok nak balik KL, lagilah berkilo-kilo meter.... 

Komen Defarhano : Seronok pergi umah di Dungun, Luas dan Selesa... Kalaulah dapat rumah sendiri yang sebesar itu...Semoga waktu itu tiba juga...InsyaAllah...Tapi kat Lembah Klang boleh dapat ke rumah sebiji-sebiji camtu...hehehe...RM...RM...RM...

8 ulasan:

  1. Insya Allah. Ada rezeki mesri dpt rumah besar :-P

    BalasPadam
  2. ohh singgah2 jap kat area uitm ea.
    my bro study kat uitm dungun.
    so selalu ke sana.

    BalasPadam
  3. mn tau suatu hari nnt kan...
    boy mana pic kawen,nak tgk....hehe

    BalasPadam
  4. haha...da jd org pantai timur dah...pasni puas la menghantar kete utk diservis ye...skali jln bratus kilo dah skrg ni...ddk asing lg ke dgn yani?ke da ddk srmh?

    BalasPadam
  5. @Alieza Dayasari
    OwH, selalu yer...best kan dapat belajar kt Dungun tu, tepi pantai...hehe

    BalasPadam
  6. @DeQWa
    pic kawen xde, sebab wawa x pg snap²....huhuhu

    BalasPadam
  7. @sila1209
    sebelum ni pun dah puas anto gi servis 2-3 bulan sekali...ni mahu sebulan sekali kot...huhu....duduk serumah...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.