Header Ads

Tiba-Tiba Sesak Nafas, Ujian DariNya

Tengok ubat kat atas tu ada 5 jenis... adoiyai, terpaksa lah minggu ni layan ubat termasuk ubat batuk. Antara banyak-banyak ubat kat atas ada 1 jenis yang saya tak suke, tapi ramai orang lain suka...huhu (",)

Ubat ini dapat semalam, eh bukan dapat, tapi kene bayar...huhuhu
itulah badan demam sejak hari Selasa lagi, datang-datang je office terus mood badan lari. Mungkin sistem penghawa dingin kat tempat saya bekerja tu bermasalah, eh bukan mungkin, tapi memang bermasalah, tapi yang datang repair tu buat-buat tak faham.

So Isnin dah demam, badan tak sedap... pastu malam Isnin tu, teruk dengan batuk-batuknye... rasa macam nak sesak nafas, tidur seharian pun tak lena...
tapi pagi Rabu tetap pergi kerja.

Akhirnya tengah hari minta kawan hantar gi Klinik sebab dah sesak nafas sangat-sangat. Kalau ikut sejarah kesihatan... 6 tahun lalu je...

Ambil gas selama 30 minit, sian kawan tunggu kat luar... 
So pergilah Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, ambil nombor dan tunggu giliran di panggil, Bila masuk je dalam bilik jumpe doktor, dia kata lain kali terus mintak masuk gas - benda yang letak kat mulut tue...(bantuan pernafasan).
Doktor cakap ni asma, ada inhaler??? huh... mengeluh...sebab memang takde alat-alat tu semua sebab memang takde asma, takde lelah... hahaha...

Sebelum sesak nafas ni cakap kat doktor yang saya tanda-tanda awal demam,selsema,bersin dan seterusnya jadilah macam ni...tak tahu la pulak jadi camni kan... tapi aku rasa mesti sebab kahak banyak ni, tu yang sesak nafas...hehehe

Dapat MC sehari, tapi cakap dengan doktor, takpelah...dah separuh hari pun... huhu...



Ini pula ubat yang paling saya tak suka makan tapi ramai orang yang gian makan ubat batuk ni, apalah yang sedap sangat???
Jenuh nak habiskan 6 biji pil dari 4 paket ubat tue... harap-harap dapatlah habiskan semuanya dan tak berulang lagi penyakit ini. 

Tapi, bukankah kedatangan penyakit itu untuk penghapus dosa, Mungkin doa dah dimakbulkan Allah, jadi Allah beri ujian kat diri ini... 
Syukur Alhamdulillah, semakin pulih dari dugaan yang diberikan olehNya..


Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Muslim)
Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
sumber

6 ulasan:

  1. ujian bulan ramadhan..huhu
    get well soon..

    BalasPadam
  2. smorking ke??

    ermm..maybe faktor cuaca then kita tengah puasa boleh jadi punca sesak nafas kot..apa pon semoga cepat sembuh ye..raya dah tak lama nie :)

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh ye dh nk raya ni :O

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.