Header Ads

Rooney Kembali Meledakkan Gol buat United menewaskan Villa. Result EPL Pagi Tadi.

English Premier League Fixture
Gameweek 24
2 February 2011

Manchester United 3
vs 
Aston Villa 1
Old Trafford
3:55 AM


Pagi tadi berlangsung 4 perlawanan EPL yang mana 3 daripadanya menjadi tumpuan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Berikut merupakan result perlawanan pagi tadi(waktu Malaysia).

Arsenal 2 - 1 Everton
Louis Saha (24')
Andrei Arshavin (70')

Lourent Koscielny (75')

Sunderland 2 - 4 Chelsea
Philip Bardsley (4')
Frank Lampard (pen-15')
Salomon Kalou (23')
Kieran Richardson (26')
John Terry (60')
Nicolas Anelka (90')

Manchester United 3 - 1 Aston Villa
Wayne Rooney (1', 45')
Darrent Bent (58')
Nemanja Vidic (63')

West Bromwich Albion 2 - 2 Wigan Athletic
Peter Odemwingie (5')
Charles N'Zogbia (20')
Ben Watson (43')
Marc-Antoine Fortune (79')

Manchester United menurunkan barisan terbaiknya bagi memburu tiga mata penuh pagi tadi dibarisi oleh

Edwin Van Der Sar
O'shea     Vidic     Ferdinand     Evra
Nani     Fletcher(Anderson)     Carrick     Giggs
Rooney     Berbatov

Rooney membuka jaringan seawal saat ke 46 hasil sepakan bebas daripada Van Der Sar yang terus menyepak ke atas dan disambut oleh Rooney seterusnya melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol Brian Friedel. 

United seharusnya memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi penyudah dan juga kecekapan penjaga gol Villa sebagai benteng terakhir berjaya menahan asakan bertali arus United. Sebelum babak pertama berakhir, United menambah satu lagi gol menerusi hantaran silang dari Nani ke depan pintu gol dan disudahkan dengan kemas oleh Rooney pada minit ke 45 menjadikan United 2-0 Villa.

Babak kedua bersambung, Nani hampir menjaringkan gol ketiga United tetapi sepakan lemah dinafikan. Seterusnya Villa mendapat gol saguhati pada minit ke 58' melalui pemain yang baru dibeli dari Sunderland Darrent Bent. Bent kini menjaringkan gol disetiap perlawanan Villa sejak berpindah dari Suderland.

United seterusnya menjaringkan gol ketiga melalui rembatan kencang Vidic di dalam kotak penalti hasil hantaran Rooney pada minit ke 63'. United berjaya mengekalkan 24 perlawanan liga tanpa kalah musim 2010/2011.

Video highligh perlawanan Manchester United vs Aston Villa boleh ditonton dari Youtube menerusi akaun ACGoals <--Link ni jer DVII tengok ok, Link lain semua hampes....

Tak sia² DVII bersengkang mata pagi tadi tengok LIVE GAME.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.