Header Ads

Cuti a.k.a Hadir Meeting di Kampung

Seperti yang DVII maklumkan sebelum nih, yang DVII cuti pada hari Khamis 24 Mac 2011, iaitu hari ini, bukanlah apa-apa ataupun cuti-cuti Malaysia, lambat lagi wehh....hehe....

Sebenarnya DVII hadir Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Kawasan Lenggeng, Unit Batang Benar, Mantin Negeri Sembilan yang berlangsung di Balairaya Batang Benar dari jam 2.30 petang dan selesai jam 5 petang tadi...

Pergh... AGM @ Annual General Meeting, betul ker? hehe... AGM yang DVII hadir tadi bukanlah membincangkan pasal pemilihan perwakilan kawasan/unit tapi hanya mendengar pembentangan laporan tahun 2010. Rata-rata AGM tadi dihadiri oleh orang lama @ veteran, pergh...'HANGAT' juga situasinya...tiba-tiba DVII terbayang waktu AGM Pertama Kelab Persona Malaysia (TPCC) yang DVII sertai waktu MAC 2008 dulu...memang hangat dan panas oleh ahli kelab yang muda-muda belaka... tapi AGM ke 12 Unit Peladang yang DVII hadiri untuk kali berapa dah tak ingat, sebab dah lama sertai...lagi hangat disebabkan masing-masing ingin tahu tentang penyata dan aliran kewangan dengan lebih jelas dan telus...patutlah rata-rata ahli inginkan laporan kewangan yang sememangnya wajib dibentangkan...

Kertas laporan yang diterima tadi hanyalah menunjukkan keuntungan dan rugi menerusi angka-angka sahaja, tidak menyatakan dengan jelas...huhu...DVII selaku orang muda hanyalah mengikut saja perkembangan mesyuarat tersebut dan membelek-belek helaian agenda mesy. tersebut...Apa yang pasti tahun ini PPK Lenggeng memperolehi keuntungan berbanding tahun-tahun sebelumnya... Mungkin tahun depan lagi untung besar disebabkan kenaikkan mendadak harga Kelapa Sawit dan Getah...uhuhu...sepatutnya ahli dapat menerima % saham yang lebih tinggi!

Rasanya itu sahaja yang DVII karutkan disini untuk hari ini....

Sekian, Terima Kasih sebab sudi baca karut marut yang panjang lebar ini...HeHeHe

*** Selepas AGM tadi, DVII ke Beranang menyinggah rumah Tok Busu dan umah Mak Long DVII di kampung.

2 ulasan:

  1. hahah,teringat AGM TPCC...kecoh cam ape lg...berpecah 2,3 club,xtau la bile plak diorng nk buat ek.....,bagus gak ko ek,aktif berpersatuan...hehe

    BalasPadam
  2. hehehe..>AGM ???wawa turun ek AGM 1st....huhuhuhu.......so 2011 masih xde AGM...xtau ape citer....

    haha....aktif just follow jer...bg org lame buat...nnt smpai mase baru la kite tau camne nak gerak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.