Header Ads

Malaysian Super League ???

DVII takde lah layan pun Siaran Langsung Malaysia Super League yang ditayangkan di Astro Arena 801 perlawanan diantara Perak vs Harimau Muda disebabkan DVII fokus menonton Drama Trilogi Cinta di TV1...hehehe... Tapi setelah tamat masa sebenar perlawanan DVII pon cari-carilah kedudukan semasa setelah tamat perlawanan malam tadi, terkejut jugak dapat tau yang Negeri Sembilan kena belasah dengan Kelantan di Stadium Kota Bharu 3-0 yer... bukan sikit tue, dah macam |Selangor kena waktu main kat sana Suku Akhir Piala Malaysia lepas. Tahun ni DVII tengok pemain Kelantan takdelah ramai pemain bertaraf bintang bola sepak tetapi masih mampu mengungguli carta liga Malaysia dengan 14 mata.

Selangor pulak masih tercari-cari rentak kemenangan dan akhirnya menang dengan Kedah 2-0. Oklah menang juga kan. Dan perlawanan menarik selepas ini diantara Selangor bertemu Negeri Sembilan pada 12 Mac 2011 iaitu selepas pertemuan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Pakistan vs Malaysia di Lahore. Semoga skuad kebangsaan berjaya dengan cemerlang beraksi di Lahore nanti.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.