Header Ads

Pagi Ahad Mood Ceria...United menang! Filem lama Titanic Xde Kaler dan Belon Udara Panas!~

Morning !~ 

Selamat berhari minggu yerk!~ 

DVII ingat nak BW pagi-pagi ini, tapi disebabkan line maxis 'berukben' yang terlalu bersopan santun sangat, terpaksalah DVII batalkan hajat untuk menjengah ke blog2 rakan yang lain. Nanti DVII singgah ya!~

Yeay!~ 

Manchester United menang malam tadi bertemu dengan Bolton Wonderers walaupun 15 minit terakhir United hanya dengan 10 orang pemain kerana Evans dilayangkan kad merah pada minit 75. Dengan kekurangan seorang pemain, United terus meningkatkan asakan ke kubu Bolton dan akhirnya gol hadir pada minit ke 88 menerusi 'follow up' Berbatov hasil tangkapan muntah sepakan Nani.

Seronok sangat United menang, sebab pesaing terdekat hampir kalah, tapi dapat juga 1 mata, iaitu Arsenal yang seri 2-2 dengan West Bromwich Albion setelah ketinggalan 2 gol. Berpuas hati jugalah sebab Arsenal keciciran mata. Yeay!~

Selepas tengok EPL, DVII beralih ke Channel 102 @ TV2 sebab sebelum tu Kakak Ipar bagi tahu yang jam 12.45 ada tayangan Filem Titanic. So cecepat lah bukak TV2 nak tengok, nama Filem dah betul dah Titanic, tapi kenapa takde kaler??? Titanic black and white...huhu....lama punya Titanic Movies, bukan Leonardo D'Caprio & Kate Winslet punya tau....yang ini tak tahu zaman biler...DVII tengok dalam 30 minit, DVII terus belayar ke alam mimpi....zZzZzZz

Ahad yang mendung ni, DVII tak tahu nak pergi ke mana, rasanya duduk dirumah saja agaknya, malas pulak hendak pergi ke "Hot Balloon Fiesta" @ Pesta Belon Udara Panas, Putrajaya yang berlangsung dari Khamis 17 - 20 April iaitu Ahad hari ini. Tengok orang ramai berpusu-pusu pergi ke sana, sampai nak cari tempat 'parking' kereta pun susah...huhu.... Jadi orang yang bebetul hendak pergi jer sanggup gi bersesak-sesak camtu...DVII yang duduk di Putrajaya ini takdelah beriya sangat hendak pergi, tapi tengok "events" ramai sangat orang...hoho...apa-apa pun pergilah cuba naik Belon Udara Panas tu dengan bayaran serendah RM10 sahaja....tiket rasanya dah habis kot, sebab kalau hendak beli tiket, kena datang pagi-pagi lagi....;-)
takpe, jangan kecewa yer, tahun depan ada lagi punya....

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.