Header Ads

United bakal tewaskan Chelsea pagi ini!!!


Dalam beberapa jam lagi perlawanan tumpuan akan berlangsung di Stamford Bridge diantara pendahulu EPL Manchester United menentang tuan rumah Chelsea. Rekod pertemuan di Stamford Bridge tidak memihak kepada United sejak 2002 yang mana United tidak pernah menang di situ kecuali seri. Adakah badi ini akan berakhir pada 3.45 pagi waktu Malaysia nanti???

Ketika ini Chelsea menduduki tangga kelima dalam liga dengan dipisahkan 14 mata oleh United yang menduduki persada liga dengan kelebihan 1 perlawanan ke atas Chelsea yang masih bermain 26 perlawanan. United baru dikalahkan sekali musim ini ketika bertandang ke gelanggang Wolves. United dikecewakan 2-1. Itulah satu-satunya kekalahan dalam liga yang di alami United berbanding Chelsea yang acapkali merasa kekalahan dalam liga ketika ini. Prestasi Chelsea jauh menjunam musim ini dan terpaksa membeli Fernando Torres dari Liverpool yang memecahkan rekod perpindahan di Britain sebelum pintu perpindahan berakhir Januari lalu.


Perlawanan malam ini yang sepatutnya berlangsung pada 19 Disember 2010 terpaksa ditunda ke 2 Mac 2011 kerana ribut salji melanda Kota London yang juga menyaksikan beberapa perlawanan lain ditunda. United mempunyai tugas getir untuk 2-3 perlawanan selepas ini kerana pada 6 Mac 2011 United akan bertemu Liverpool dalam perlawanan liga dan kemudian bertemu Arsenal / Leyton dalam perlawanan suku akhir Piala F.A. Jadi bagi mengukuhkan cengkaman dalam liga, United perlu menang perlawanan malam/pagi ini. untuk menjarakkan kedudukan dari Arsenal yang mengekori rapat dengan 4 mata dipisahkan.

Malam ini terpaksalah kebanyakkan peminat Liga bolasepak Inggeris terpaksa berjaga pagi demi menyaksikan pasukan kesayangan bertemu Musuh ketat mereka. DVII doakan United beroleh kemenangan bagi memadamkan sisa-sisa peluang Chelsea untuk merebut kejuaraan liga pada musim ini.

*** DVII harap Chicarito dapat jadi pemusnah Chelsea setelah berjaya menundukkan keegoaan Wigan di Old Trafford minggu lalu. Glory-Glory Man. United!!! Sama-sama kita nantikan dengan harapan keputusan perlawanan Chelsea vs Manchester United ini akan berpihak kepada Red Devil!!!

Chelsea vs Manchester United
Stamford Bridge
2 Mac 2011
3.45 A.M (Malaysia Time)

Chelsea vs Man. United Online Streaming Live Match at p2pstation .

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.