Bas Tambahan Hari Raya ditambah, Semoga Semua Selamat Sampai...
Gambar sekadar hiasan. |
Bas Jelita Transtour ni lah yang aku suka naik dulu-dulu. |
ORANG ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung kerana permit bas tambahan kini ditambah sempena sambutan Aidilfitri. |
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan bas awam untuk pulang ke kampung tidak perlu risau kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal mengeluarkan 1,300 Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi permit bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, LPS yang dikeluarkan SPAD kali ini adalah bagi kegunaan bas tambahan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
“Sebelum ini, SPAD menetapkan tempoh permohonan LPS berakhir pada 15 Ogos tetapi dilanjutkan sehingga 23 Ogos ekoran permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha bas.
“LPS hanya dikeluarkan kepada pemohon daripada pengusaha bas yang menggunakan bas ekspres, bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas henti-henti dan bas persiaran untuk kegunaan bas tambahan,” katanya.
Tambahnya, sehingga 16 Ogos lalu, sebanyak 1,209 permit telah dikeluarkan iaitu Ibu Pejabat Putrajaya sebanyak 724 permit, pejabat di Wilayah Selatan (183), Utara (278) dan Timur (24).
teringat zaman blajar dulu, buka pun dalam bas, beli air plastik je.. sampai bt pahat mak amek br buka nasi.. pa stu dengar takbir dalam bas, lambat balik sbb sengaja nak tengok orang balik kampung dulu... tp sekarang balik naik kete jee aar...
BalasPadam@aimaniman ~
BalasPadamkalau teringat zaman dulu-dulu, kekadang terpikir, eh, aku buat camtu ke dulu...haha... (",)
tapi yg dulu telah berlalu... bestlah sekarang naik kerete kan, redah jalan jammed sendiri2 ...hehe