Header Ads

Berbuka Puasa di Eimans Tomyam House dan Kerugian Bagi Aku


Berkesempatan berbuka puasa pertama kali Ramadhan ini dengan MyLove (",) di Eimans Tomyam House, itupun sebab dah taktahu nak berbuka puasa di mana, jadi aku pergi booking tempat di Eimans Tomyam House dalam pukul 4.00 petang bagi mengelakkan tiada tempat utk. berbuka puasa (",).

Selepas bayar deposit RM20.00 dengan menu yang telah diorder untuk siap disantap aku minta diorang sediakan jam 7.15 mlm, so da bajet kitorang sampai time² nak berbuka... 

Ruang dalaman yang sesuai untuk kapasiti lebih 10 orang.

Setelah itu, terus bergerak ke menuju ke Sunway Pyramid, untuk tengok dan beli dan belah kalau ada yang berkenan, tapi tukar destinasi ke Subang Parade, sebab aku jarang pergi ke sini.
Terjumpa pulak kete mini VW Mini Beetle parking kt sebelah² kete aku, yang hitam tu pulak, Porsche Jeep, yang aku berkenan kat kete Mini tue, comel (",)
Jalan² kat dalam Subang Parade tengok² apa yang patot, ternampak kedai Celebrity Fitness yang ada kat situ, sebelum nih 2-3 kali buat call kat aku minta aku datang sebab dapat voucher FREE untuk 7 hari. (",) pergh...tapi aku xpenah datang pun...
Bunga Stokin! yang ni aku rasa cina yang jual ni macam nak tipu aku jer, sebab dia cakap, you cari kat mana pun takda jual (",) hahaha... dan harga dia boleh tahan...RM2++.00 (",). Mungkin sebab bunga ni ada lampu kot...tapi takkanlah kedai lain takde jual...biasalah teknik nak lakukan barang yang dijual. (",)


Ini adalah stok untuk aku!.. (",) nyum2x Famous Amos...
Sempat singgah di Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam kat seksyen 13 kan, besar giler bazar tue yer, aku sampai dalam jam 6.30 kot, tengok dah banyak juadah habis. Aku rasa rakyat Shah Alam nih, lagi rakus dari orang Putrajaya kot...sebab kat Bazar Putrajaya takdelah macam tu rasanya...(",) mungkin adat time bulan Ramadhan nih, memang ramai orang yang pergi ke PARAM @ Pasar Ramadhan.

Nak cari parking dah lah satu hal, jammed dan beratur lagi keta kuar masuk... senang² aku parking jer atas divider tepi jalan. (",). Dan akhirnya aku beli Putu  Piring je, terus gi ke Eimans Tomyam House kat TTDI
Nilah antara menu yang aku order, Ikan Bawal Sweet Sour, Tomyam Campur, Telur Bungkus, dan Fresh Carrot, Jus Tembikai,...senang booking awal²...datang² makanan dah terhidang, tak perlu menunggu.... ape yang aku tau, ada potongan 10% bagi bil yang RM50 ke atas, jadi bil aku dalam RM60, so total makanan aku kenalah RM5+.++ sahaja. Ikan bawal je yang buat harga dia pelik sikit...HuHuHu....
Ni banner pasal diskaun 10% di Bistro Eimans tue, time buat entri nih, baru aku tau yang ada Bubur percuma sekali, kurma memang dia da letak atas meja...kira aku rugi lah tak makan bubur...huhu

Dan ketika aku selesai menaip entri ini, baru lah aku teringat... yang aku sebenarnye bukan jimat 10% tapi aku rugi 34%!!! 

Sebab?

Waktu kira-kira, dia mintak kat aku RM5+.++ dia cakap selepas less! tapi aku tak teringat yang aku dah bayar awal² deposit RM20!... arini baru teringat! ;-( camne... ....adoi, nasib²... aku tetap salahkan kedai tue!...sebab dia punya Cashier Counter komputer bapak canggih, tapi takkan deposit aku tak include dalam tue..... aku pun terlupa nak minta resit, walaupun time tu aku rasa macam ragu²... :-(

Nak buat macam mane... ;-( Rugi³x.... RM20 dah boleh makan buffet steamboat dah tue tuk berbuka...



Korang Ada Pendapat Tak???





1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.