Header Ads

Buta angkara Mercun Penyokong Harimau Malaya

pix credit to berita harian
Takziah dan dukacita diucapkan kepada Ahmad Jazimin Jalaluddin yang kini telah kehilangan pancaindera matanya sebelah kanan akibat setelah terkena serpihan mercun yang dilemparkan penyokong Harimau Malaya sendiri.

Saudara Ahmad Jazimin duduk di tempat duduk terbuka bertentangan dengan tempat kenamaan merasa pedih di bahagian mata kanan setelah terdengar letupan mercun sebaik sahaja lagu Negaraku habis dimainkan.

Mangsa kemudian dipapah oleh dua rakannya keluar dari stadium dicelah-celah orang ramai bagi mendapatkan bantuan apabila ternampak sebuah ambulan di perkarangan stadium dan dibawa ke PPUM untuk rawatan.

Agak malang bagi mangsa yang datang ke stadium dengan semangat kesukanan untuk menyokong skuad kebangsaan kita Malaysia beraksi melawan Singapura pada aksi timbal balik Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu, tetapi ditimpa musibah hasil tangan rakyat sendiri angkara mercun.

Aku menyeru kepada seluruh penyokong dan peminat bola sepak tanah air, untuk menghentikan BALINGAN MERCUN di dalam stadium kerana ia amat membahayakan penonton lain dan telah pun terjadi kejadian yang tidak diingini. Fikirkanlah nasib orang lain juga, apa gunanya membawa mercun ke padang??? sedangkan kalau Malaysia layak sekalipun nanti kita sama-sama dapat raikan dan dengar serta lihat sendiri MERCUN dan LETUPAN BUNGA API berkumandang di Langit Malaysia hasil tajaan Persatuan Bola Sepak sendiri. Tak usahlah membazir wang ringgit membeli sebutir mercun!...

Aku amat bersimpati ke atas nasib mangsa, teruknya sikap penyokong bolasepak kita!!

*** Ahmad Jazimin merupakan ahli Kelab Penyokong Bola Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) menjalani pembedahan hampir lima jam dari 4 pagi Jumaat lalu dan disahkan doktor mata kanannya tidak dapat diselamatkan. Juga tidak dapat meraikan kehadiran cahaya mata pertama setelah Isterinya bersalin di PPUM tersebut...:-(

*** Musim raya bakal tiba hujung bulan ini, semoga kita hindarilah Mercun dan tiadalah kejadian putus jari, mahupun kecederaan akibat mercun dimusim perayaan ini. Sedarlah semua... 

*** artikel hasil idea sendiri setelah terbaca paper Berita Harian di rumah, juga boleh tengok menerusi Berita Harian Online di sini 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.