Header Ads

Terengganu Cuti Peristiwa 22 Julai 2012 - Juara SUKMA 2012



Seperti yang dijangka, Terengganu akhirnya muncul Juara Sukan Malaysia - SUKMA ke 15 2012 di Pahang buat kali ke-4 berturut-turut. Dan rakyat Terengganu pasti gembira apabila mendapat cuti peristiwa sempena Juara SUKMA edisi kali ini.

Tahun lalu Terengganu meraikan Cuti Peristiwa sehari sahaja sempena double kejuaraan iaitu Juara Piala F.A dan Juara SUKMA 2011.

Cuti Peristiwa Negeri Terengganu diberi pada Ahad, 22 Julai 2012 ini diumumkan oleh Menteri Besar hari ini.

Tahniah Terengganu!!! 
Takde Negeri lain ke nak Cabar Terengganu edisi SUKMA 2014 di Perlis???
KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.
Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - BERNAMA - Kosmo

Cuti Sempena Sukma ke-15, Pengumuman Rasmi Cuti Peristiwa Sukma ke-15 2012,

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.