Header Ads

Bernama Nafi Siarkan Berita Bonus Raya? Apa Sebenarnya???



Sebelum Bernama nafikan Berita Bonus Raya 2012 yang tersiar di Harian Metro Online yang banyak dishare di kalangan rakan facebook, Defarhano sendiri awal-awal lagi telah tahu jawapannya. Iaitu artikel Bonus Raya tersebut adalah artikel tahun lepas / entri lama yang masih tersimpan dalam pangkalan data server harian metro. Tarikh yang tertera adalah berdasarkan bila ia dicapai/dibuka. Kelemahan artikel Harian Metro tidak meletakkan masa dan tarikh ia dipostkan ke laman web. Tetapi melalui penafian Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong
Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih.

"Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya.
Kalau betullah itu berita palsu, dan ditampal oleh individu tertentu, nampak sangat sistem keselamatan yang digunakan oleh laman web hmetro.com.my tidak selamat dan mudah digodam. Cuba lihat artikel ini pula yang datang dari bharian.com.my
Isinya sama seperti di  hmetro.com.my . Berita Harian Online juga digodam??? Sebenarnya tidak, sebab ia berita lama yang tersimpan di arkib / pangkalan data, bukannya digodam, bukannya berita palsu!...

Bukankah lebih mudah akui sahaja itu adalah berita lama/berita bonus raya tahun 2011 yang tersiar kembali, ini zaman it, zaman global berita-berita yang lama sentiasa berlegar-legar di internet selagi data tidak dipadamkan selagi itu kita boleh sharekan.

Sama juga dengan gambar orang mendedahkan aurat kalau kita kongsikan di internet, selama mana gambar itu tersebar tanpa kita padamkan, selama itu jugalah kita yang mendapat dosa...
Astaghfirullahaladzim...terlebih sudah...hehehe(",)


Pengguna siber yang mempunyai Agenda tertentu??? Kelakar pulak baca artikel dari Bernama petang-petang ini. Sepatutnya kenyataan RASMI tentang berita bonus raya dikeluarkan oleh Ketua Pengarang Harian Metro Online. Sebab artikel tersebut disiarkan disana...

**Update : Harian Metro baru sahaja mengedit dan meletakkan tarikh artikel disiarkan pada post lama tersebut.

Komen Defarhano: Mungkinkah Ketua Pengarang tu belum baca lagi artikel yang dimaksudkan, atau editor tersalah post??? Kalau Defarhano tersalah cakap, maafkan saya, hanya memperbetulkan keadaan, bukan nak tunjuk lagi tahu dari mereka... Takde sape nak godam, tapi sendiri yang tak faham... Ape pendapat anda?

4 ulasan:

  1. bonus raya? really?
    tp saya pelajar... hihok

    BalasPadam
  2. sebelum nie pon pernah jadi gak kes yang sama .. jadi dkna gelak jer la...selagi PM tak umum per2 ka TV3, jangan percaya la apa yang disharekan kat fb tu ;p

    BalasPadam
  3. @Alieza Dayasari

    pelajar takpe, ade bonus dari blogging kan... hehe...

    BalasPadam
  4. @Adylia Qarissa

    hurmm...org kite cepat je hebahkan...sedangkan boleh fikir sendiri bende tu btol ke tak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.