Header Ads

Terengganu dapat Cuti Umum Ahad 19 Jun, Rakyat Untung Dalam Rugi ;-)


Mesti gembira orang Terengganu seluruh tanah air kan, sebab Terengganu dapat cuti pada Ahad 19 Jun 2011 ini sempena dengan kejuaraan Skuad Penyu di Final Piala F.A menewaskan Kelantan 2-1 dan Atlit SUKMA Terengganu yang menjuarai SUKMA 2011 dengan kutipan pingat 30 Emas, 8 Perak dan 12 Gangsa.

Kenapa DVII cakap Rakyat Untung dalam Rugi ;-)? Tahu tak...

Yalah, sebab Skuad Penyu Juara Piala F.A dan Juara SUKMA 2011 tapi diorang dapat cuti 1 hari jer, berbanding jika Skuad Penyu menang SUKMA 2011 sahaja pun dah memang dapat cuti juga seperti tahun² sebelumnya ;-) Skuad SUKMA 2010 Terengganu Juara dan Kerajaan Terengganu beri Cuti Umum pada 27 Jun 2010 ;-). Jadi tahun ini terpaksalah Terengganu dapat Cuti Umum 1 hari sahaja disebabkan jadual Final Piala F.A yang hampir sama dengan SUKMA 2011 berlangsung. Kalau tarikh berbeza mungkin Rakyat Terengganu merasai Cuti Umum 2 hari ;-)


Berbanding Kelantan yang dah sememangnya dapat tahu Cuti Umum / Peristiwa lebih awal lagi sebelum Final Piala F.A berlangsung adalah satu inisiatif dari Kerajaan Negeri Kelantan juga dalam menjaga kebajikan dan keselamatan rakyatnya untuk kembali pulang ke Kelantan selepas tamat perlawanan tanpa perlu tergesa-gesa memikirkan akan kembali bekerja keesokkan hari. Walaupun akhirnya menerima kekalahan pahit di tangan Terengganu pada minit akhir. Cuti tetap Cuti.

Kerajaan Terengganu pula memberikan Cuti Umum seminggu selepas bergelar Juara Piala F.A dan penyokong Terengganu yang pulang dari menyaksikan Perlawanan Akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pula terpaksa mengejar masa dengan pemanduan selamat sampai ke Terengganu, lagipun perjalanan ke Terengganu adalah selesa dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur berbanding penyokong Kelantan yang pulang ke Kelantan dengan jalan lama KL-Raub-K.Lipis-Gua Musang dan lain-lain lagi jalan yang lebih banyak menempuhi bahaya di jalanan...

Walau apa pun, DVII mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan disebabkan perlawanan menarik di Final Piala F.A 2011 dan double tahniah buat Skuad Penyu kerana menjuarai SUKMA 2011 untuk mengekalkan rekod 3 tahun berturut-turut bergelar Juara di Sukan Malaysia. Seronok lah orang Kelantan dan Terengganu kali ini kan...

* Ini hanyalah pandangan peribadi DVII sahaja. salah silap mohon diampukan ;-) HeHeHe


*

*



tags : Terengganu Cuti Umum, Kelantan Cuti Umum, Kelantan dapat cuti bolasepak, Terengganu dapat cuti,cuti peristiwa, cuti umum,terengganu cuti sukma 2011 

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.