Header Ads

Siti Nurhaliza dan lima selebriti sertai Askar Wataniah



Barisan artis bersama pegawai-pegawai Askar

Disini DVII nak kongsikan gambar yang DVII ambil dari Fan Pages David Teo,
Artis-artis tanah air kita menyertai Askar Wataniah di hadapan Menteri Pertahanan iaitu Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menyerahkan borang penyertaan. 

Seperti yang kita dengar sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza akan menyertai Askar Wataniah dalam masa terdekat setelah mendapat keizinan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K.
Lima selebriti lain ialah Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Raffali, David Teo dan penyanyi lelaki, Aizat.
Dan ada seorang lagi yang pasti anda tertanya-tanya... HeHeHe

Layankan dulu gambar-gambar selebriti sertai askar wataniah di bawah.

Shaheizy Sam, Ana Raffali,Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana

Ana Raffali memberi tabik hormat sebagai simbolik menyertai Askar Wataniah

David Teo CEO Metrowealth Pictures bersama pegawai ATM

Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Nurul Hidayah dan Aizat


Siapa Nurul Hidayah nih? inilah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM dan juga anak kepada Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi, korang kenal ke siapa Ayah dia neh???

Shaheizy Sam ditemubual oleh wartawan TV3

Shaheizy Sam bersama Siti Nurhaliza




*Untuk lebih gambar artis yang menyertai askar wataniah anda boleh Like Fan Pages David Teo

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih," katanya pada majlis tersebut.

Dan untuk lebih berita sila ke www.mstar.com.my

* Diorang ni nanti kena pergi latihan kerana sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Habis gelaplah kulit diorang tu!...HiHiHi

4 ulasan:

  1. ummm bagos jugak dato ct wat cenggini..kita kna salu menyokong..yer tak??

    BalasPadam
  2. betul3x...
    bagus gak kan...
    tapi nanti lepas dato ct pergi kursus nih...hehehe... abes la mke nye...gelap....huhuhu

    BalasPadam
  3. Salam..maaf bertanya lama tak nmpak Datok siti Nurhaliza masuk Tv menyayi rindu plk nk. tengok dia menyanyi..tpi nk tanya pda tahun bersejarah ini pergolakan luar negara Antara negeri palestine dan Bani Israel yahudi..Ada nampak datuk k serta Datuk Siti bergambar besama di depan Madjid Al Aqsar Palistine betul kah..?saya risaukan rakyat Malaysia semasa serangan kaum yahudi itu terhadap org yg solat di masjid itu semasa bulan puasa dan hari Raya Aidilfitri tahun pda bulan 4/2021 ini..perang bersejarah ini lgi..Yahudi melancarkan roket kpda bangunan bangunan..sedih pilu sgt ini berlaku kpda saudara Islam saya seDunia ini kembali..knapakah perkara kezaliman ini berlaku kpda org tidak berdosa Islam semoga kmatian semua org tidak berdosa ini diampunkn dosa semua dan dicucuri Rahmat Allah swt maha mengetahui atas setiap sesuatu..Amat saya sedih sekali beberapa tahun dlu kezaliman ini berlaku paling dasyhat terhadap saudara Islam semua di Negara Arab.Allah swt Maha mengetahui org yg baik di balas kebaikan kejahatan akan di balas juga di Dunia serta Akhirat..Amin.semoga semua warga Islam Malaysia di tanah palestine semasa puasa dan Raya 2021 selamat balik di rumah mereka Malaysia dgn selamat.Amin..

    BalasPadam
  4. Semoga Seluruh org Islam warga Tua kanak kanak kecil selamat dari kezaliman Yahudi laknat .semoga semua warga Islam selamat pulang ke Malaysia selamat drpda kekejaman kaum kaum pelampau itu..Allah Maha mengetahui tiap sesuatuTuhan semesta Alam Allah

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.