Lawatan Ke Kilang Ajinomoto | defarhano.com
D7

Rabu, 29 Jun 2011

Lawatan Ke Kilang Ajinomoto

Dalam bas transit ke kilang Ajinomoto

Semalam aku berkesempatan mengikuti lawatan ke Kilang Ajinomoto yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Petaling, Kuala Lumpur bersama dengan rombongan Badan Kebajikan di pejabat aku.
Lebih kurang jam 9.00 pagi bertolak dengan bas transit, giler lah, aku ingat Bas ekspress, tiba-tiba Bas transit yang macam Rapid KL punya dalam bandar tue...HuHuHu...oklah kot, sebab Kilang Ajinomoto tak jauh dari Bangi.

Sudah sampai dalam kawasan kilang ajinomoto, yang tu main building dia ada logo ajinomoto ;-) kitorang sedang menuju ke Umami Station.

Welcome drink, eh bukan drink, tapi mushroom sup...untuk rombongan kitorang dan juga 5 orang student dari UniTAR kalau tak silap. Seterusnya kami ditunjukkan dengan jadual selama 2-3 jam berada dalam kilang tersebut. Diterangkan mengenai sejarah Ajinomoto yang dijumpai oleh Proffesor Kikunae Ekida pada 1908 dan dipasarkan mulai tahun 1909. Seterusnya Kilang Ajinomoto di Malaysia diwujudkan pada tahun 1961 untuk memasarkan produk ke Brunei, Sri Lanka, Singapura, dan Negara-negara Timur Tengah....

Sesi lawatan dalam kawasan kilang melihat dari segi pemprosesan hinggalah ke pembungkusan...
Pengambilan gambar adalah dilarang sama sekali


Ada juga ditanya mengenai pendapat negatif yang kami dengar dari luar sebelum sampai ke Kilang Ajinomoto, dan Wakil pihak Ajinomoto yang menyambut kitorang menerangkan segala macam bentuk untuk menangkis tohmahan terbabit, termasuk dari segi yang ramai perkatakan Ajinomoto diperbuat dari Tulang ehem2x adalah fitnah semata-mata...macam tulah katanya...;-)

Setelah selesai, slot yang ditunggu-tunggu ialah aktiviti memasak oleh ahli rombongan, menu yang disediakan ialah Nasi Goreng Kampung Seri Aji dan Ayam Perisa Blackpepper Seri Aji....

Hebat dua orang tukang masak tu...kaum pompuan minta kaum lelaki yang masak!

Inilah hasilnya Nasi Goreng Kampung Seri Aji dan Ayam Blackpepper yang disediakan oleh pihak Ajinomoto, siap tambah lagi, nak tanak makan jerlah kan...sebab dah dapat penerangan mengenai produk-produk Ajinomoto, Apa yang aku faham diorang kata, makan Ajinomoto tiada kena mengena dengan pengguguran rambut, sebenarnya ianya adalah faktor GENETIK...hahaha...habislah rambut aku camni... :-(

Dan aktiviti terakhir setelah bersurai ialah aktiviti membeli belah produk-produk Ajinomoto yang boleh dibeli disitu juga dengan harga diskaun berbanding kalau beli di luar. Ramai juga yang shopping, tapi minta maaflah aku tetap tak beli juga produk dia...makan boleh...hehehe....tapi Mushroom Sup sewaktu mula-mula sampai tadi memang sedap...(",)

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.ajinomoto.com.my dan bolehlah daftar sebagai ahli kelab Umami Zone disitu, kalau tak silap ada kelas masakan percuma sebulan sekali yang akan diajar oleh Chef-Chef undangan oleh Pihak Ajinomoto...PERCUMA tau...

Antara produk-produk keluaran Ajinomoto ialah :
Aji-No-Moto - macam biasa siapa tak kenal PAK AJI
Vono - Pelbagai perisa sup dalam paket
Seri Aji - perencah nasi goreng dan tepung goreng
Aji-Mix
Aji-Shio - lada hitam, lada putih yang biasa korang nampak kat stall burger
Tumix - pati ayam,
Slim Up
Pal Sweet - campuran gula tiruan dan hanya 1/3 sahaja gula asli, baik utk. yang berpenyakit kencing manis...katanyalah....

dan banyak lagi...

Dalam banyak-banyak produk diatas, rasanya Seri Aji yang pernah aku nampak kakak ipar aku guna, tapi sekarang dia dah berubah arah menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi setelah aku beritahu perencah tu memang sedap...hehehe

Ok~ Sekian sahaja laporan aku yang pergi lawatan semalam...haha...

Soalan Bonus
Bagaimana Aji-No-Moto dihasilkan?
AJI-NO-MOTO dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi melalui proses penapaian, proses sama yang digunakan untuk membuat tapai, sos soya, cuka dan dadih. 

Bahan-bahan semulajadi terdiri daripada Ubi Kayu dan Tebu.

Kalau nak aku terangkan mungkin tak cukup 1 entri...tapi pendek katanya YAKINLAH dengan produk yang anda gunakan dan gunakanlah TANPA WAS-WAS. kerana AJI-NO-MOTO sememangnya telah mendapat status HALAL dari JAKIM ;-)



status halal ajinomoto,



Like this article? TQ

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with 4 comments comments
Kritikan Rakan Facebook
4 Kritikan Rakan Blogger

4 comments:

huahua....x mo letak pak aji dalam masakan...ajinomoto ni diperbuat dari apa erk??...kalau kat kedai2 sup..mak aiii byak nye dia tuang pak aji dalam sup...kompem2 lepas makan dahaga yang teramat sangat...tapi memang diakui masakan kalau letak pak aji terus jd sedap...tapi risiko????kita x tahu..

ooo...klu gitu ok la..leh ler makan yer

@chinta ~
hehehe...tak mo erk...tapi die cakap, xde ape-ape side effect pon taw...huhuhu.... ;-) diperbuat dari ubi kayu dan tebu + MSG juga.....


memang sedap...macam Nasi goreng seri aji ye tak...hehehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories