Header Ads

Cuti - Cuti Malaysia di Bandar Kuching, Sarawak

entri kali ini DVII akan berceritakan mengenai pengalaman perjalanan DVII dan rakan-rakan pergi bercuti ke Negeri Sarawak bermula dari Putrajaya. Walaupun sudah seminggu berlalu...HeHeHe...

Hari Pertama Sabtu - 2 April 2011

Berkumpul di Putrajaya Sentral seawal jam 8 pagi Waktu Malaysia (macam nak pergi luar Malaysia laa...pulak..) dan seterusnya beli tiket KLIA Transit dari Putrajaya - KLIA yang berharga RM 6.20.
Perjalanan transit ke KLIA mengambil masa 15 minit dan tiba pada jam 8.35 pagi. Kemudian masing-masing ingin mengeluarkan wang perbelanjaan untuk memastikan "tidak putus wang"! (boros!!!) Lokasi Mesin ATM Maybank, Ambank, CIMB terletak di sebelah kedai Chocolat Eramax dan juga tandas.


Selepas Check In dan mengambil tiket masa untuk merayau² sekitar Terminal KLIA kerana waktu berlepas ke Kuching 11.45 pagi dan 'boarding time' 11.15 pagi. Jadi dalam tempoh 2 jam terpaksalah bersiar-siar sekitar airport, tengok² kedai coklat dan tak lupa juga Buku Tun Dr. Mahathir Mohamad!...Hidung member sama dengan hidung Tun. tu yang tak boleh tahan!...HeHeHe

Pelepasan Antarabangsa??? Tak boleh blah...bajet mau pergi 'oversea'. Tapi memang 'oversea' pun cuma dalam Negeri sahaja...HeHeHe Gambar Ni lah Yang Upload dekat FB, pastu memasing kecoh! dan membuatkan terkantoi pergi bercuti beramai-ramai...

'Breakfast' di Mc'D bersama aiskrim chocotop! mantop! 


Yang ini plak selepas melalui 'boarding gate' sebelum masuk ke flight FY 608.



Didalam flight firefly FY 608 sambil mengusha-usha pemandangan diluar bawah dan atas awan... dan juga  pramugari dan pramugara...HeHeHe...


Team baju merah sedang bersuka-ria didalam flight, macam flight ni kita punya da...
tak lupa di seat depan kami ialah Aishah AF7, Kumpulan Kristal dan di belakang ialah Zizi AF7 sekarang penyanyi wanita Fabolous Cats. Gambar bersama-sama artis tersebut tidak dapat diambil bersama disebabkan kami sombong malu dan buat biasa-biasa shj dengan artis, kawan kata pramugari susah nak jumpe, di flight jer, artis...kat TV ada, konsert ada...huhu..walaupun seat depan jer...tapi buat taktau jer kitorang...HuHuHu..(dalam hati, mesti ada function kat sana...)



Sesi² ketibaan VVIP Baju Merah dari KL-Kuching...Kamek dah ada di Sarawak tepat jam 1.30 tengah hari! Kereta sewa yg dibooking sebelum pergi Sarawak sudah sampai, tapi bukan MyVI...Owner kereta sewa tersebut bagi pinjam Avanza dahulu, sebab MyVI agaknya orang yang sewa sebelum ni melanjutkan masa...(..maybe...) start sewa dalam 2.30 petang...




Terus menuju untuk check-in di Hotel Merdeka Palace yang telah dibooking secara online oleh Biro Jawatankuasa yang berkenaan...sampai-sampai sahaja, masing² tgk hotel yang tersergam indah...tak lama selepas itu...ketibaan artis yang satu flight dengan kami tadi...rupanya Kristal, Aishah AF7 dan lelain pun menginap di hotel yang sama dengan kami...kawan siap bagi tahu bilik Zizi depan bilik kitorang...HuHuHu...
tapi kitorang tak nakal untuk mengganggu privacy orang ok!

Pasar Serikin

Jam menunjukkan pukul 4 petang dan kami bergegas keluar bersama avanza untuk menuju ke Pasar Serikin yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih perjalanan...kalau sesat??? tambah sendiri...tapi kami nasib ada kawan yang bekerja disana bertugas sebagai pemandu pelancong kami di Sarawak membantu kami jalan-jalan di sana.... walaupun sampai di Pasar Sarikin agak lewat, dan kebanyakkan gerai @ kedai mahu menutupkan kedainya dengan kanvas, sempat juga kami shopping barang perhiasan, antara barang yang dijual disitu ialah, hasil kraftangan, tikar-tikar sarawak, baju-baju, telekong sembahyang untuk kaum wanita, teddy bear ...cuma DVII cari teddy bear Garfield masih tidak jumpa di sana... keychain paling banyak dan jual disana...( kalau nak beli buah tangan bolehlah dibeli di Pasar Serikin ini...dan jangan lupa minta harga paling rendah yang boleh, jangan mengiyakan sahaja dan teros bayar...HeHeHe...komfom dapat...

kami juga dapat Sahabat di Pasar berkenaan siap minta facebook lagi...asalnya dari seberang Indonesia... menjelang jam 6-7 malam kami bergegas pulang dan singgah solat maghrib di Pekan Bau, sepanjang jalan paling senang nampak gereja-gereja kristian kalau kita di semenanjung masuk kampung-kampung nampak Surau-surau ...tetapi disana lain pula disebabkan Majoriti rakyatnya Kristian...naik avanza minyak jimat sangat²...1.5 lah katakan...bergegas pulang sebab nak pulang kereta kepada tuan kereta sewa...


Kami singgah makan malam di hadapan Masjid di pekan kuching...makan Nasi Lemak Pandan Ayam Penyet...memang sedap...nasinya bewarna hijau...DVII lupa nak amek gambar...sebab time tu semua sudah lapar sangat²...harga dalam 7-8 ringgit....selepas itu, kami balik ke Hotel...dalam pukul 10 malam walaupun majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian berlangsung kami terpaksa meninggalkan bilik untuk merayau dan bersiar-siar di malam hari di Bandar Kuching yang penuh bercahaya...memang cantik....1st ialah bergambar di Tugu Kucing @ Kuching Statue... ;-) dan seterusnya menyusuri waterfront...


Disebabkan kami berjalan di malam hari, jadi sudah tentu tiada servis atau pun sebarang kemudahan penarikan pelancongan yang dapat kami gunakan, so kami bergambar sahaja lah dengan Sarawak River Cruise ini.


Pemandangan malam di persisiran waterfront kuching ini amat cantik disebabkan cahaya yang terang benderang, Sebenarnya banyak yang DVII ingin letakkan gambar disini, tetapi cukuplah sekadar yang mana patut sahaja...gambar dibawah merupakan Bangunan Dewang Undangan Negeri, Sarawak.
Hari Kedua Ahad, 3 April 2011


Tugu Kucing
Ahad merupakan hari kedua percutian DVII di Kuching...Program hari ini ialah untuk pergi ke Sarawak Cultural Village @ Kampung Budaya Sarawak. Disebabkan lokasi hendak pergi ke Sarawak Cultural Village terletak di kaki Gunung Santubong, jadi terpaksalah tunggu "Tour Guide" tiba di Hotel kami jam 12 tengah hari... Kami breakfast pagi di Mc' Donald's yang terletak berdekatan Tugu Kuching..( WiFi disediakan disitu )
Dan singgah juga ke Tugu Kucing untuk sesi penggambaran di sebelah pagi...siap tiru aksi kucing tersebut tu.....
Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Culture Village yang terletak di kaki Gunung Santubong mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Kuching. DVII tiba dengan selamatnya disebabkan ada kawan yang menetap disana membantu kami. Untuk masuk, hendaklah membeli tiket iaitu RM60 untuk dewasa dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM30 termasuk Persembahan yang pasti tidak boleh dilepaskan mengikut jadual yang disediakan. 

Kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak pula hanya dikenakan RM25 beserta kad pekerja. Passport lawatan masuk akan diberikan dan perlu mendapat COP di setiap Rumah² kaum/etnik yang terdapat didalam kampung berkenaan. diantara rumah yang ada ialah Rumah Iban, Rumah Bidayuh, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan @ Penan Hut, Rumah Cina dan juga Rumah Melayu...terdapat 7 kesemuanya. DVII tiba di sana lebih kurang jam 1.30 tengah hari dimaklumkan persembahan berikutnya pada jam 4.00 petang. Hendak pergi sana, kena pandai bajet masa...DVII syorkan kalau nak pergi, pergi awal pagi...boleh banyak bertanya dan tahu cara hidup serta budaya kaum² tertentu...kalau setakat 2 jam, hanya dapat tengok dan lihat jer lah...masa xcukup!...





Sempat juga DVII menyumpit dengan bayaran RM1 untuk 3 kali cubaan dan di dalam juga boleh membeli kueh-kueh yang dijual disetiap rumah-rumah perkampungan untuk pengunjung merasa keenakannya.


Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Setelah selesai beredar dari Kampung Budaya Sarawak lebih kurang jam 5 petang tamat persembahan kebudayaan, DVII dan kawan bergegas pulang untuk singgah di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang TERsangatlah popular. Kedainya bertentangan ataupun diseberang waterfront...naik bot penambang cuma 50 sen satu hala. Tapi kami dari Gunung Santubong teros ke sana... Pelbagai perisa kek lapis disediakan beserta 'tester' yang boleh dimakan sesuka hati...opsss!!! jangan banyak-banyak...nanti kenyang pulak....Disebabkan 2 bulan lepas ayah DVII beli semua perisa kek lapis ketika mengunjungi Kuching, kali ini DVII hanya target Kek Lapis perisa Masam Manis dan Chocolate Cheese sahaja...memang sedap! tak caye? cuba beli....HeHeHe....RM 10 sahaja untuk satu kek lapis tersebut, tetapi macam Cadbury RM20 dan tidak lupa RM5 @ separuh pun ada dijual juga.... berdekatan kedai ada dijual Ikan Terubok masin mengikut saiz dan paling senang beli jer 3 RM10...;-)


Yang Ini pula ialah tempat persinggahan kami mengisi perut yang sedang lapar, medan seleara yang berdekatan dengan Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, sudah tentu datang tempat orang mesti hendak rasa masakan Sarawak...diantaranya Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kampua Mee...DVII order Kampua Mee...macam mana bentuknya??? haa...macam Maggi Goreng yang tersangat kenyal... gambar??? tetap tiada disebabkan masing² sedang kelaparan....HeHeHe...nnt DVII upload kalau ada gambar....





Ini gambar di hotel, sesi malam, selepas selesai semua dan berehat...DVII tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hotel dan sekitar muzium yang bersebelahan dengan hotel merdeka palace ini...banyak lagi sebenarnya gambar...kalau nak tengok...senang cerita...add DVII di FB ya...

Lepas ini akan DVII buat satu post gambar yang DVII rasa menarik untuk dikongsikan dengan semua...:-)

Rasanya itu sahaja untuk kali ini...untuk hari ke-3 akan diupload kemudian...TQ
* Untuk bercuti ke Sarawak dan Sabah tidak memerlukan Passport, disebabkan Sarawak dan Sabah juga adalah negeri dibawah naungan Malaysia. Kalau dahulu mungkin YA, kini hanya memerlukan IC / kad pengenalan diri ketika mendaftar masuk di kaunter Imigresen dan anda akan diberikan borang/pas lawatan yang perlu dijaga dengan baik dan dipulangkan ketika keluar dari Sarawak.


pengalaman bercuti di kuching, bercuti di sarawak, sewa kereta di kuching, sewa hotel di kuching, tempa -tempat menarik di kuching, 

32 ulasan:

  1. bestnya....tak pernah lagi pegi srwk... bilala dapat pegi...

    BalasPadam
  2. wah..pengalaman yang best...hidung tun mahathir ngan member DVII yang x ley bla..sebijik sama..hehhehe..

    BalasPadam
  3. dwaty ~ xpernah pergi...cepat ambil kesempatan pergi...promosi sekarang ni dari firefly...hEHe.....

    BalasPadam
  4. chinta ~ huhu...betul3x...hidung tu yg xley bla...same tue..... biler chinta nak sampai sarawak ?

    BalasPadam
  5. wahhh...mcm best jea...pegi x ajak pun ^_^

    BalasPadam
  6. aniswany ~ HeHe...

    kalau ajak...nanti x cukup masa....orang pompuan sopping lebey n lame!

    BalasPadam
  7. tunggu DVII kawen dulu...pas2 nak g sama ngan DVII nak kacau your honeymoon...okey x???

    BalasPadam
  8. @chinta ~ huk3x...tunggu DVII kawen dlu ?? mane buley kacau my honeymoon....xokey!!!

    BalasPadam
  9. Wahh.. Korang memang sehati sejiwa. Kaler baju nk same je. Hikhik.. Hmm.. Kmpung mk sy kat Sibu Srwk tapi sy x penah gi kuching lg.

    BalasPadam
  10. @Anitafasha ~ sehati sejiwa? harap-harap macam tu ler forever n ever...pepatah ada mengatakan rambut sama hitam, hati? lain2..hoho...semoga baik semuanya....

    owh...sibu yer... xpenah gi kuching? pekan sibu ape yg bes plak??? bleh lawati gaks ker...ade tempat tumpuan x

    BalasPadam
  11. Laa.. tak cakap nak pergi sarawak... kalau tak boleh join shopping kat serikin..

    BalasPadam
  12. wah bestnyer org tue....siap jumpe artis lg tuh,hehehe...
    ole2 ole2....nakkkkkkkkkkkkk

    BalasPadam
  13. @Miss Sunshine
    HeHeHe...kalau tak boleh la DVII dapat harga murah² kan....Miss tolong...huhuhuhu

    BalasPadam
  14. @Qaseh chenta
    HuHuHu...jumpe artis tapi takde bergambar dengan artis pon...HaHaHa...

    nnt wawa naik, mungkin same flight ngan artis kot...;-)

    ole-ole erk...ade kt umah...mariler amek

    BalasPadam
  15. @puteri ain ~
    tq...bery3x nice trip la sangat...;-)
    kalau kene gaye kan..hehehe

    BalasPadam
  16. Wah bestnya cuti-cuti dekat Serawak. Eh ada Kumpulan Kristal ngan Dafi AF lagi tu. Huhu. Anyway enjoy ur vacation :)

    BalasPadam
  17. Pengalaman yg sangat best dan menarik.

    Minta izin copy entri nie untuk diletakkan dalam blog...boleh tak?..

    Khairol.
    www.cutidikuching.com

    BalasPadam
  18. @Miss Tira ~
    memang enjoy sangat²...maklum ler 1st time jalan jalan kat sarawak...;-)

    BalasPadam
  19. @Khairol ~

    boleh saja disharekan, copy lah dan tinggalkan linkback ke site ini yer...tQ

    BalasPadam
  20. ok, tq..dah copy dan letakkan link...boleh tengok kat www.cutidikuching.com

    BalasPadam
  21. waaa,,sronoknyer...x ajak pon farah?ishhh..sdey btol..:P
    anyway,cntik pics tu sume..^_____^

    BalasPadam
  22. @Khairol ~
    nm...;-) sudah tgk..terima kaseh yer letak n copy link kt situ...

    BalasPadam
  23. @faralovexx ~
    seronok? ha la...:p~ sebab x pernah sampai kuching lagi sebelum nih!... ;-)

    x ajak ker...kan ke farah yg tanak pergi..hahaha.... tq kumen2....

    BalasPadam
  24. sonok nyee......... Nak jugak lah ... ^_^ ehheheheheee .... Nice story yow..

    BalasPadam
  25. @EiFa CuteatLast♥SUMM3R Love♥ ~

    huhu...jalan memang sonok...;-)
    susah n makan mase nak wat story mory nih...huhu...;-)

    BalasPadam
  26. nak tanya kalau i gamble trus pegi kuching 22/12 ni time krismas...nk bw family +2 kids, ada sapa2 yg blh tolong tak nila kat sana, guide yg kenal ke... maklumla percutian main & bajet. apa2 sms saya ye (013-9082172) hafiz

    BalasPadam
  27. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm250 utk 6jam,: 3 hari+ 6jam shari is rm600 termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry , i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

    BalasPadam
  28. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.