Header Ads

Hari Keluarga di Putrajaya + Frenz Wedding di Sri Petaling + Lepaking di Sunway

Semalam DVII mengjoinkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan bersama warga blok di tempat kediaman DVII. iaitu Hari Keluarga dan Sukaneka anjuran Badan Kebajikan Blok B Fasa 4C, Presint 8, Putrajaya... (kalau ada warga blok b yang terbaca...sila kumen ya...)... DVII dengan ada 3 Hari Keluarga berlangsung di sekitar Putrajaya...pergh...hari family day 1 Malaysia tue...

Bukan apa pon, cuma DVII nak sangat join yang ini...sebelom majlis bermula...semua boleh lah melenggangkan badan...dengan aktiviti senam seni 1 Malaysia...(1 Malaysia ke?...pandai-pandai jer DVII nih...) nak berpoco-poco dah tak boleh dah..Mufti Perak kata Haram, tapi Fatwa Kebangsaan kata ikut negeri masing-masing ;-)

Acara sukaneka dimulakan dengan rebut gula-gula bagi umur 2-4 tahun...takkan umur 1 tahun kot...HeHeHe...tapi yang baju putih kat tengah2 tue agak terpegun sikit melihat ramai yang merebut gula-gula...padahal biasa nye 'syahmi' tue selamba jer menyepak dan membelasah DVII nih...;-(

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah
 - rebut gula-gula (2-4 tahun)
 - bawa bola ping pong dalam sudu (4-6 tahun)
 - bawa bola ping pong dalam sudu-mulut (7-9 tahun)
 - acara kepit belon (7-9 tahun)
 - isi air dalam botol (4-6 tahun)
 - isi air dalam botol (7-9 tahun)
Acara lari kepit belon
Acara isi air dalam botol
bawa bola ping pong dalam sudu (4-6 tahun)

Barisan peserta..2 org tu peserta ke?
Hadiah cabutan bertuah dan peserta...berupa hamper dan barangan elektrik...

Selepas selesai beberapa acara sukaneka, DVII teros balek ke rumah dan memikirkan untuk pergi ke Majlis Perkahwinan kawan zaman sekolah rendah dulu-dulu...HuHuHu...nak pergi taktau dengan saper (MyLove takde kat sini)...takkan nak pergi terjah sorang plak...DVII segan...tapi pernah buat sekali dulu pergi kenduri kahwin sorang2 jer...jadi DVII calling-calling member, ada gak yang datang solo...so  janji jumpa kat sana...dalam dewan tu adalah dalam 8 orang kawan sekolah rendah dulu-dulu...lamanya tak jumpe since last 1st gathering 2009...zaman sekolah rendah sudah lama DVII tinggalkan...;-)
wedding zarul kat dewan sri petaling, bukit jalil
Selepas selesai buat sesi pengambaran dengan pengantin, DVII dan beberapa kawan teruskan dengan sesi melepak dan bersembang, DVII  ikutkan nak balik, sebab ada aktiviti kat blok lagi...tapi kawan ni pun bukan senang nak hang-out sesama...jadi diorang ajak DVII minum di Restrees Kopitiam di Sunway...
Dengan DVII yang tak cekap jalan KL, terpaksa lah meredah Federal Highway yang sesak dan jammed teruk!...huhu...waktu balik pulak terpaksa meredah hujan lebat petir beserta kilat, pakej nih...sebagai tanda ingatan kita kepada Pencipta Yang Maha Esa, Allah yang satu...;-)
hujan lebat jadi kelajuan 40 km/j ;-( sangat sedih
On the way nak balik, abang DVII ajak singgah rumah dia tengok bola Manchester United vs Everton sama-sama...so singgah dan bermalam lah dirumah dia... ;-) Yess...MU menang!..HaHaHa

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.