Header Ads

1st Semi Final Champions League 2010/2011 : Schalke 04 vs Manchester United


Final UEFA Champions League
Saturday May 28, 2011

1st Semi Final UEFA Champions League
Schalke 04 vs Manchester United
Tuesday 26 April, 19:45
Wednesday 27 April, 02:45 (Malaysia Time)
Live Games @ Astro

Pagi ini bakal berlangsung perlawanan menarik diantara Schalke 04 vs Manchester United yang mana Schalke menjadi tuan rumah perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah di Stadium Arena AufSchalke, Gelsenkirchen (GER). Manchester United sudah pastinya menjadi pilihan di atas kertas untuk memenangi perlawanan ini disebabkan selaku pasukan Gergasi England yang sedang mengemudi takhta liga EPL manakala Schalke 04 pula berada di pertengahan liga.


Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di pentas Eropah. Dan juga semi final kali ketujuh buat Edwin Van Der Sar.

Perlawanan liga terbaru Schalke 04 tewas di gelanggang sendiri kepada Kaiserslautern dan United bergelut untuk menang perlawanan yang didominasinya dengan Everton 1-0.Schalke dengan senjata veterannya yang meledak membantu mereka mara ke peringkat ini Raul Gonzalez telah berjaya merobek 71 gol di Eropah tetapi tidak pernah lagi menewaskan Edwin Van Der Sar(Ajax) di pintu gawangnya ketika Real Madrid vs Ajax  bertemu 2 perlawanan di peringkat kumpulan pada 1995.(Clean Sheet for Van Der Sar).

United pula pasti menurunkan pemain berpengalaman seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes bagi mengimbangi dan menggerakkan jentera bahagian tengah United dengan pengalaman Eropah. Dimitar Berbatov tidak diturunkan menyertai Darren Fletcher, Owen Hargreaves dan John O'shea di bangku simpanan.

Ranjau perjalanan United bakal bermula malam ini bagi mengejar 2 kejuaraan yang masih dalam bayangan, ini kerana hujung minggu ini Manchester United akan menentang Arsenal di Stadium Emirates seterusnya menerima kunjungan Schalke 04 di Old Trafford dan ditamatkan dengan minggu yang penuh debaran menentang Chelsea di Old Trafford. Semoga Manchester United mampu menghadapi cabaran 4 perlawanan yang sengit ini. Buktikan rentak juara sebenar!...

* Untuk rekod pertemuan United dengan Kelab German di peringkat kalah mati (semi-final & quarter final), United tidak pernah melepasi dengan tewas dan tersingkir melalui away goal. Dan United hanya menang di Final yang cukup dramatik pada 1999.

1996/97 semi-finals: Dortmund 1-0 United; United 0-1 Dortmund 
(United lose 2-0 on agg)

2000/01 quarter-finals: United 0-1 Bayern; Bayern 2-1 United 
(United lose 3-1 on agg)

2001/02 semi-finals: United 2-2 Leverkusen; Leverkusen 1-1 United 
(United lose on away goals)

2009/10 quarter-finals: Bayern 2-1 United; United 3-2 Bayern 
(United lose on away goals)


~ Glory-Glory Man. United ~
united match review

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.