Header Ads

Malaysia vs Laos 28 November 2012 : Hidup Mati Malaysia di AFF 2012


Untuk perlawanan kedua saingan peringkat Kumpulan B, Malaysia bakal menentang Laos. Ini merupakan perlawanan hidup mati buat Harimau Malaya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 di tanah air sendiri. 

Perlawanan Malaysia vs Laos 28 November 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
8.45 mlm 
Datanglah Beramai-ramai ke Stadium...
Apa pendapat mengenai Tiket RM30 untuk 2 Perlawanan iaitu
Malaysia vs Laos dan Indonesia vs Singapore...

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi saksi kebangkitan anak-anak buah Datuk K.Rajagopal yang menerima pelbagai kritikan dari perlawanan persahabatan sehinggalah tewas kepada Singapore 0-3 pada perlawanan pembukaan untuk merubah keputusan dan airmuka Malaysia selaku tuan rumah.

Walaupun rekod perlawanan di antara Malaysia vs Laos memihak kepada Malaysia dengan tidak pernah kalah di Piala Tiger / AFF Suzuki Cup sebelum ini. Kali ini Laos tampil dengan sebuah pasukan yang mampu menggugat pasukan lain. Indonesia hanya mampu seri 2-2 ketika lawan Laos pada perlawanan pembukaan. Adakah Malaysia mampu menang? Mesti Menang dan Terus Menang...

Jadi ini peluang Malaysia untuk teruskan Misi Pertahankan Juara dengan menang lawan Laos dan Indonesia untuk laluan ke Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012. Seandainya tewas atau seri, peluang Malaysia boleh dikatakan hampir tertutup rapat. (Jangan Buat Malu Boleh Tak?)

Keputusan perlawanan Indonesia vs Singapore nanti apa pendapat anda?
... Another match for Group B.
Indonesia vs Singapore 28 November 2012
6.00 petang (MYT)

Berikut merupakan rekod terkini 5 perlawanan Malaysia vs Laos. Rekod bukan ukuran, kemenangan jadi taruhan...

Harapan sebagai anak Malaysia, K.Rajagopal mampu melakukan strategi dan menurunkan barisan pemain yang cukup mantap dalam Malaysia memburu jaringan gol yang pertama dan perbezaan jaringan. Juga prestasi Khairul Fahmi selaku penjaga gol utama menjadi taruhan...
Siaran langsung perlawanan | Live Streaming Malaysia vs Laos juga boleh ditonton secara Live di TV1 dan juga Astro ESPN 813. Dan juga untuk Keputusan Penuh dan Semasa Perlawanan Malaysia vs Laos di entri seterusnya. Sebelum itu, jom tengok Live Streaming Indonesia vs Singapore online sebelum Malaysia vs Laos berlangsung...
Untuk beli Tiket Perlawanan Malaysia vs Laos secara Online
Komen Defarhano: Kalau bungkus jugak dengan Laos, taktahulah nak cakap bila KG nak tunjuk permainan sebenar Harimau Malaya... Selamanya Malaysia!
 
TAGS: Live Score Malaysia vs Laos,Laos vs Malaysia Score, Goal Score Malaysia vs Laos, Keputusan Penuh Malaysia vs Laos 28 November 2012, Keputusan Malaysia vs Laos, Malaysia vs Laos Result, Result Malaysia vs Laos, Laos vs Malaysia Result, Keputusan Semasa Malaysia vs Laos, Gol Laos vs Malaysia, Goal Malaysia vs Laos, Skor Malaysia vs Laos, Score Akhir Malaysia vs Laos

4 ulasan:

  1. yer benar...ini perlawanan hidup mati malaysia.... tolonglah bangkit harimau malaya. kami masih meletakkan harapan.
    **cuma nak maklumkan sahaja, andai kata awk ada masukkan sy dlm bloglist, mohon semak erk sama ada boleh view atau tak. kalau tak boleh, mohon tukar yer. pesanan ni diberi sebab blog awk ada dlm bloglist saya. he he he

    BalasPadam
  2. besarla harapan kiranya team malaysia menang malam ini. jgn biarkan kekecewaan berulang kembali. bangkit berjuang sehabis mgkn pasti kemenangan akan muncul. berjuangla untuk NEGARA MALAYSIA NEGARA KITA TERCINTA. YAKIN BOLEH100x.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.