SUKAN : Semangat United cukup luar biasa
Manchester United 1
Bolton 0
BOLTON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyuarakan rasa kagumnya dengan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki anak buahnya ketika menewaskan Bolton 1-0 kelmarin.
Kemenangan itu membolehkan United merampas kedudukan Liverpool selaku pendahulu Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.
Juara bertahan itu bermula agak hambar pada awal musim ini, namun sejak pulang dengan kejayaan merangkul gelaran Juara Kelab dunia di Jepun, anak buah Ferguson kini telah memenangi lima perlawanan berturut-turut.
Prestasi cemerlang itu juga berjaya memadam kelebihan tujuh mata yang dipegang Liverpool sejak sebulan lalu.
Kemenangan United hasil jaringan lewat Dimiter Berbatov di Stadium Reebok kelmarin itu bukan saja menyaksikan mereka memintas The Reds, namun turut menyamai rekod 10 kemenangan bersih yang dicipta Chelsea dalam Liga Perdana.
Ferguson percaya bahawa prestasi yang dipamerkan Red Devils ketika ini telah membuktikan ketahanan mentaliti pemainnya.
"Ia bermakna konsentrasi sangat bagus. Kamu perlu mengekalkan tahap konsentrasi yang bagus dalam perlawanan dan saya fikir kami lakukannya dengan baik," kata Ferguson.
"Saya rasa kami beraksi dengan baik. Bolton adalah pasukan yang sukar untuk dihadapi dan dalam pertemuan dua kelab berjiran, kamu pastinya gembira untuk memenangi pertemuan tersebut, walaupun pada lewat permainan.
"Saya tidak rasa ia kejayaan membanggakan, tapi Liverpool akan berdepan Everton Isnin ini dan walaupun kami mungkin berjaya memintas mereka selama dua hari, kami boleh jadikannya sebagai penyuntik semangat."
Sementara itu, Ferguson juga tidak kisah untuk merehatkan pemain utamanya apabila United berdepan jadual separuh akhir Piala Liga menentang Derby County dan Piala FA menentang Tottenham selepas ini.
"Separuh akhir memberi sesuatu kelebihan kepada kelab ini dan saya akan menurunkan pemain muda pada Selasa nanti dan menentang Spurs dalam Piala FA Sabtu depan," tambahnya. - AFP
** Sumber Disunting dari KOSMO ONLINE 19 Januari 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
tags : Berbatov, Bolton, EPL, Ferguson, Manchester United, MUFC, Premier League

Post a Comment