Header Ads

Pertandingan Rekacipta Jalur Gemilang anjuran Surau Putra Al-Amin


 
Disebabkan tak jadi servis kereta, jadi aku menjoinkan diri bersama masyarakat desa, eh...bukan masyarakat bandar tempat aku lah... tetibe lak ada Pertandingan Rekacipta Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 ini dan juga Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak juga. (",). Pertandingan ini dianjurkan oleh Surau Putra-Al Amin Presint 8 Fasa 4C, bagi mengeratkan tali sillaturahim di kalangan penduduk kawasan yang ada 6 blok semuanya.

 
Antara program yang berlangsung tadi di surau ialah :-
Pertandingan mewarna (2 kategori untuk kanak-kanak)
Pertandingan melukis dan mewarna (1 kategori)
dan Pertandingan Rekacipta Jalur Gemilang
diantara Blok Blok Kediaman Kejiranan di Presint 8 Fasa 4C ini. 
 
Ada syarat yang ditetapkan iaitu hendaklah menggunakan bahan terpakai dan berserta dengan tema-tema lain.
 
Layankan gambar-gambar yang aku snap di bawah,   
 

Sesi spray ke atas tikar untuk mencipta jalur gemilang
Antara wakil blok yang sedang berbincang sambil di lawati Pengerusi Surau, Ust. Zakaria
Sesi-sesi akhir untuk menyiapkan bendera
Tema Kemerdekaan Tahun ini ialah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
diletakkan di atas jalur gemilang
Rekacipta Bendera Jalur Gemilang dari Blok A

  Rekacipta Bendera Jalur Gemilang dari Blok C
  Rekacipta Bendera Jalur Gemilang dari Blok CB
  Rekacipta Bendera Jalur Gemilang dari Blok B (Juara)
  Rekacipta Bendera Jalur Gemilang dari Blok CA
Ustaz Zakaria menyampaikan ucapan dan sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menang pertandingan mewarna



Hadiah untuk kategori rekacipta seperti berikut:-
Tempat Pertama : Blok B (RM400)
Tempat Kedua : Blok CA (RM300)
Tempat Ketiga : Blok A (RM200)
Tempat Keempat : Blok CB(RM100)
Tempat Kelima : Blok C (RM100)
 
Jadi, dengan jumlah wang hadiah yang Blok aku terima sebagai Johan rekacipta, dapatlah duit itu dijadikan sumbangan untuk majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti lebih meriah dengan pelbagai juadah!...Kambing! Kambing!...wa...aku suke kambing panggang!...hehehe...ok
masa untuk pergi berbuka di Surau!...jom pekena Bubur Lambuk!... 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.