Header Ads

Tazkirah Jumaat : Hukum Perhiasan Lelaki menyerupai Wanita

Satu contoh akhlak buruk yang bukan dari budaya Islam ialah
pemakaian rantai leher oleh lelaki Muslim kerana rantai adalah budaya
pemakaian lelaki Yahudi, Nasrani dan Majusi. Pemakaian rantai
mencerminkan kepatuhan mereka beramal dengan agama mereka.
Apabila mereka menganut Islam dengan mengucap syahadat, maka
pemakaian itu dilarang bagi orang lelaki muslim, sebagai tanda kemuliaan
akhlak yang mencerminkan kepatuhan orang Islam kepada ajaran Islam
dan hukum-hakamnya.

Malangnya pada hari ini, ada di antara kaum lelaki Islam yang suka
menyerupai kaum perempuan seperti dalam pemakaian perhiasan dengan
memakai rantai leher, gelang tangan dan anting-anting. Malah ada yang
diperbuat daripada emas. Islam melarang lelaki memakai rantai leher dan
gelang tangan kerana ia menyerupai kaum wanita. Hanya wanita sahaja
yang diharuskan memakai perhiasan seperti itu. Bagi lelaki disunatkan
memakai cincin perak kerana mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.


Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;


"Rasulullah s.a.w telah melaknat kaum lelaki yang menyerupai
 wanita dan kaum wanita yang menyerupai lelaki"


Ada juga yang memakai gelang dan rantai kerana percaya ada tuah
dan kelebihan, tanpa sedar, bahawa amalan itu adalah amalan khurafat,
sama seperti percaya kalung azimat, gelang dan cincin hikmah itu
membawa tuah atau boleh terhindar daripada musibah, amalan tersebut
adalah syirik yang akan menghapuskan pahala amalan ibadah.
Muhammad Qutub dalam bukunya Jahiliah Kurun Kedua Puluh
menegaskan;

Bahawa masyarakat jahiliah adalah mereka yang tidak memiliki
akhlak yang mulia, tidak ada budi bahasa, tidak bersopan santun dan tidak
bersifat dengan sifat yang baik, mereka itu menyembah dunia dan
menyembah segala bentuk kebendaan, mereka tidak berpegang dengan
akidah tauhid yang sebenar kepada Allah SWT dan bersifat tidak suka
dan tidak patuh kepada apa sahaja amalan dari Syariat Allah SWT”.


Komen Defarhano: Syukur Alhamdulillah, Saya tidak tergolong dalam golongan lelaki yang memakai rantai leher, dan gelang tangan, di mana ramai lelaki 'maskulin' kini memiliki perhiasan diri seperti gelang tangan pelbagai bentuk dan buatan, cukuplah jam tangan sahaja. (",). Lelaki disunatkan memakai cincin perak kerana mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W. InsyaAllah
Sumber :- JAIS - Khutbah Jumaat 13 Januari 2012 - 
"AKHLAK CERMIN KEPERIBADIAN MUSLIM"


Hukum Pemakaian Perhiasan Diri Lelaki Menurut Islam

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

7 ulasan:

  1. lelaki mmg xboleh pakai emas. mencuba pun tak boleh wpun sekadar nk ukur saiz..

    BalasPadam
  2. sharing is caring...jam tangan mahal woooooo :)

    BalasPadam
  3. geli tgk llki pki rantai...

    kalau non muslim tu xpe la jugak,ni org melayu

    BalasPadam
  4. @Adylia Qarissa erm..setuju, jam tangan mmg mahal...smpai sy taktau jenama dia dah sekarang...huhuhu

    BalasPadam
  5. @Tasha geli ker?...haha...kalau kawan2 laki pakai rantai...tembak jer.....bagi sedar sikit...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.