Header Ads

Melawat Projek Teratak Ayahbonda

Lebih kurang jam 10 pagi pulang ke kampung untuk melihat tapak pembinaan rumah @ teratak ayahbonda yang dibuat tanah pusaka keluarga.
Disebabkan 4 hari masa telah dihabiskan Cuti-Cuti Malaysia di Sabah, jadi terpaksa jugalah pulang ke kampung, nak tengok lah sama ada tukang yang buat rumah tu buat kerja ke tak bila tuan tanah tak datang melawat. Rupanya memang diorang tekun buat kerja, walaupun dalam masa yang sama diorang ada projek rumah di kawasan lain juga.

Kalau ikut target asal dalam tempoh 2 ke 3 bulan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan rumah tersebut, tapi keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam projek pembinaan. (",)

Semoga Teratak Ayahbonda dapat disiapkan sebelum menjelang 2013. (",)
Tauke tu cakap, bulan November 2012 boleh siap rumah... urmmm...tak sabarnya...
Komen Defarhano: Berhati-hati dalam memilih tukang buat rumah, sama ada Indonesia, Melayu atau pun Cina, kerana takut duit habis, rumah terbengkalai... huhu...

2 ulasan:

  1. 2 laa..x sabar rasanya nak tunggu teratak ayahbonda siap sepenuhnya.

    BalasPadam
  2. wah,nanti bole la slalu balik kampung....jadi org kg la plak kan...hehe...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.