Header Ads

Gameweek 1 : Chelsea 2 vs Hull 1



RESULT FT

CHELSEA 2
Drogba (36,90)
Hull City 1
Hunt (27)

Attendance : 41,597

Keputusan penuh perlawanan pertama English Premier League antara Chelsea vs Hull City
berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Chelsea. Chelsea 2 - Hull City 1.

Bagaimanapun Hull terlebih dahulu mendahului Chelsea dengan jaringan daripada Hunt yang mendapat kuisan bola dari kaki pemain Chelsea dan terus merembat menewaskan Peter Cech.

Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea terus menggandakan asakan demi serangan dan
akhirnya beroleh gol pada minit 36 melalui sepakan percuma yang di ambil oleh Didier Drogba. Sepakan yang perlahan berjaya menewaskan penjaga gol Hull iaitu MyHill(x igt).

Babak kedua berlangsung dengan permainan berpihak kepada Chelsea, dan akhirnya memperoleh gol kemenangan di masa kecederaan melalui Drogba juga.

*** aku igtkan Chelsea nak bungkus dah, rupanya sempat bernafas 3 point jugak...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.