Header Ads

'Tiada Ronaldo, tiada Tevez, tiada masalah'

LONDON: Rio Ferdinand memberi peringatan kepada Chelsea bahawa Manchester United akan menggunakan pertemuan Perisai Komuniti malam ini untuk membuktikan mereka boleh menyesuaikan situasi tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

Ketika pengurus United, Sir Alex Ferguson atau pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti mementingkan keputusan dalam perlawanan tradisi pembuka tirai musim baru Inggeris itu, wajar mengatakan fokus lebih tertumpu untuk melihat sama ada juara liga itu sebuah pasukan perkasa atau sebaliknya selepas ketiadaan Ronaldo dan Tevez.

Yuran rekod dunia 80 juta pound (RM464j) untuk Ronaldo meredakan sedikit tamparan terhadap pemergiannya tetapi keputusan Tevez berhijrah ke Manchester City masih tetap dirasai di Old Trafford.



Jaringan Ronaldo menerusi gerakan sayap berkesan membantu skuad Ferguson menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara Eropah manakala kemampuan Tevez menyambar peluang untuk gol penting sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian sering kali menyebelahi United.

Begitupun, bintang England Ferdinand pernah melihat kehilangan watak penting seperti David Beckham dan Roy Keane tidak banyak memberi kesan buruk dan dia menjangkakan senario yang sama kali ini.

"Kebanyakan pemain sudah beraksi sejak bertahun-tahun dan melihat ramai pemain datang dan pergi," kata Ferdinand.

"Kelab ini tetap melangkah ke depan walaupun ada individu yang datang dan pergi, dan hal yang sama berlaku ketika ini.

"Pasukan ini lebih penting berbanding seorang pemain. Itulah hakikatnya." - AFP

*** Sumber disunting dari Berita Harian Online 9 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20090809003957/Article/index_html

tags : Carlos Tevez, Christiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo, EPL, Manchester United, Sir Alex Ferguson, Sukan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.