SUKAN : City tak sabar bukti MU silap besar
LONDON: Seandainya kelab kaya Manchester City mahu mencetus kemarahan Manchester United, jelas mereka melakukan dengan cara yang betul - bukan setakat membelanjakan lebih 100 juta pound (RM590 juta) ke atas pemain baru.
Ketibaan Carlos Tevez dari United, Emmanuel Adebayor dari Kolo Toure dari Arsenal, Roque Santa Cruz dari Blackburn dan Gareth Barry dari Aston Villa seharusnya menyaksikan City memperbaiki status mereka dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), bermula minggu ini.
Apa yang menyakitkan hati Sir Alex Ferguson mengenai pasukan tetangga mereka bukan kerana pembelian pemain dengan harga mahal tetapi kenyataan dibuat kelab itu yang mahu menonjolkan diri dalam kelompok empat teratas dan akhirnya merampas kedudukan United selaku kelab terbesar di England.
“Mereka kelab kecil dengan mentaliti kecil,” kata Ferguson.
“Selalunya mereka akan bercakap mengenai Manchester United. Ia tidak mudah buat City musim ini, dan bagi saya mereka tidak akan masuk dalam kelompok empat teratas. Bagi semua pembelian yang mereka lakukan, Mark Hughes masih perlu mencari keseimbangan, dan apa yang dia dapat - 10 penyerang?"
City menimbulkan rasa geram United apabila sepanduk gergasi terpampang di pusat bandar menunjukkan Tevez dalam jersi City dengan slogan ‘Selamat Datang ke Manchester’ di bawah gambar - satu sindiran berdasarkan kepada hakikat bahawa gelanggang United, Old Trafford sebenarnya terletak di Salford, di luar pusat bandar Manchester.
Sejak Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan mengambil alih City tahun lalu, pengurus, Hughes membelanjakan lebih 220 juta pound (RM1.3 billion) ke atas pemain baru, termasuk rekod Britain 32.5 juta pound (RM191.7 juta) ke atas pemain tengah Brazil, Robinho pada permulaan musim lalu.
Apa saja melainkan penyudah empat tempat teratas akan dianggap sebagai kegagalan di City, yang kali terakhir mencabar kejuaraan ialah pada 1976-77 apabila mereka muncul naib juara kepada Liverpool. - Reuters
Sumber disunting : Berita Harian Online 13 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20090812235531/Article/index_html
tags : Berbatov, Englis Premier League, EPL, Kelab Terkaya, Manchester City, Manchester United

Post a Comment