SUKAN : United risik Robben
LONDON: Manchester United bakal membuat kejutan dengan membeli bekas pemain sayap Chelsea, Arjen Robben.
Khidmat bintang kelahiran Belanda itu kurang digunakan di Real Madrid dan dikatakan berminat untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus United, Alex Ferguson sudah menegaskan bahawa dia tidak akan membeli mana-mana pemain lagi pada musim panas ini, tetapi dia mungkin cuba terbabit dengan perpindahan bernilai £25 juta (RM147.5 juta) itu.
Robben mempamer aksi cemerlang sepanjang aksi pramusim buat Real tetapi jurulatih, Manuel Pelligrini menghadapi masalah untuk menggandingkannya bersama bintang baru, Cristiano Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema.
Robben nyaris menyertai United sebelum menandatangani kontrak untuk Chelsea dari PSV Eindhoven pada 2004 dan berupaya meningkatkan kepantasan permainan dan jaringan - kualiti sama yang dimiliki oleh Antonio Valencia dan Nani.
Ferguson masih berbaki sebahagian besar daripada nilai £80 juta (RM426 juta) daripada Real hasil pembelian Ronaldo.
Julai lalu, Robben mendedahkan bahawa Tottenham berminat untuk membawanya mewakili kelab utara London itu.
Pemain sayap kebangsaan Belanda itu mengakui perkara itu ketika program latihan jelajah kelabnya ke Ireland, yang menyaksikan Spurs mengemukakan beberapa pertanyaan untuk membawanya kembali beraksi dalam EPL. - Agensi

Post a Comment