Header Ads

Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22

Festival Filem Malaysia ke-22 telah pun berlangsung Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang terutamanya buat pengarah dan pelakon kreatif, Afdlin Shauki yang tidak cukup tangan untuk membawa pulang anugerah yang dimenangi. Tahniah kerana filem Papadom telah diangkat sebagai Filem Terbaik. Ternyata 4 anugerah yang diraih oleh filem Papadom termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik buat Liyana Jasmay. Tahniah Liyana~!

Tahniah juga buat seluruh famili Allahyarham Yasmin Ahmad di atas kemenangan Talentime yang membawa kepada anugeah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita



Berikut antara pemenang anugerah FFM22:

Anugerah Perdana (14 anugerah)
Filem Terbaik:
Papadom

Pengarah Terbaik:
Yasmin Ahmad (Talentime)

Pelakon Lelaki Terbaik:
Afdlin Shauki (Papadom)

Pelakon Wanita Terbaik:
Liyana Jasmay (Papadom)

Lakon Layar Terbaik:
Yasmin Ahmad (Talentime)

Cerita Asal Terbaik:
Afdlin Shauki (Papadom)

Sinematografi Terbaik:
Mohd Nor Kasim (Setem)

Penyunting Terbaik:
Faizul Mohd Noh (Setem)

Skor Muzik Asal Terbaik:
Syed Ahmad Faizal (Papadom)

Filem Komedi Terbaik:
Los dan Faun

Filem Animasi Terbaik:
My Telatori (The One Academy of Communication Design)

Filem Pendek Terbaik:
Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)

Filem Digital Terbaik:
Aathma (Demaz Entertainment)

Filem Dokumentari Terbaik:
Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)
Pengarah Harapan:
James Lee (Histeria)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
Mohd Shafie Naswip (Talentime)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)

Penataan Seni Terbaik:
Nazrul Asraff Mahzan (Setem)

Penataan Bunyi Terbaik:
Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
Mohd Hadziq (Syurga Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki:
Zahiril Adzim (Kami The Movie)

Pelakon Harapan Wanita:
Jaclyn Victor (Talentime)

Pereka Kostum Terbaik:
Shen Imagineering (Cicakman 2)

Lagu Tema Asal Terbaik:
Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)

Poster Terbaik:
Histeria

Filem Box-Office:
Geng Pengembaraan Bermula

Anugerah Penggiat Belakang Tabir:
Omar Man

Anugerah Pelakon Veteran Wanita:
Mariani Ismail

Anugerah Pelakon Veteran Lelaki:
S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri:
Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.