Header Ads

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

***Sumber disunting dari Berita Harian Online 27 OGOS 2009

***Terkejut juga mula2 bace article ni di website online BH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.