Header Ads

Gameweek 1 : Manchester United 1 vs Birmingham City 0

RESULT FT

MANCHESTER UNITED 1
Rooney (34)
Birmingham 0


Attendance : 75,062 Old Trafford

Perlawanan pembuka tirai kempen EPL Manchester United berjalan dengan lancar
setelah memenangi perlawanan pertama meraka hasil jaringan Wayne Rooney yang berpunca dari hantaran silang dan ditanduk oleh Rooney tetapi terkena tiang
seterusnya bola tiba di kaki pemain itu dan terus merembat masuk.

Manchester United dilihat mengawal permainan tetapi buntu untuk menambah jaringan
mungkin disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri tanpa kehadiran Christiano
Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid bulan lalu.

Bagaimanapun beberapa kesilapan pengadil juga memberi impak kepada aksi
United di mana sepatutnya Berbatov diberikan sepakan penalti apabila kakinya
dipijak oleh pemain lawan.

Valencia juga masih kurang menyengat di perlawanan pertama ini, di mana lebih banyak aksi yang menampilkan Evra sebagai pemain sayap yang membantu di atas.

Diharap untuk perlawanan seterusnya, United dapat menang dengan lebih besar lagi.
Tahniah kepada Ben Foster kerana berjaya menahan asakan yang tak kurang hebat dari Birmingham dikepalai oleh McFadden.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.