Header Ads

Review Filem Flat 3A | Kutipan Flat 3A


 
Review Filem Flat 3A | Flat 3A Movie Review
Baca dulu disini Sinopsis Filem Flat 3A

 
Malam tadi aku sekali lagi berpeluang pergi ke Pratonton Filem Flat 3A yang bakal ditayangkan mulai hari ini Khamis, 14 Julai 2011 di TGV Sunway Pyramid atas tiket MiG Online. Terima Kasih MiG Online.

Aku seperti biasa, pergi bersama insan tersayang, dan sebelum majlis tayangan Filem Flat 3A bermula, sesi menunggu pelakon-pelakon utama Filem Flat 3A muncul dinantikan oleh peminat dan media yang telah hadir sejak awal lagi. (nanti aku cerita bab gambar ngan artis kat bawah!) dan tak lupa aku telah diinterview oleh Media MiG Online! Tunggu diorang upload video nanti!

Review Filem Flat 3A
Jalan cerita Filem Flat 3A ini memang terbaik aku bagi walaupun pada awalnya tidaklah menyeramkan peminat kerana penonton ditayangkan jalan cerita tentang kisah sosial Fiqah (Intan Ladyana) dan Anas (Adey Syafrien) sehinggalah mereka berdua pergi bercuti sambut tahun baru di satu tempat, ade adegan tak berapa nak 18sex dipaparkan (aku tipu!) dan Fiqah tak sempat beritahu rahsianya mengandung kepada Anas...

Kemudian Fiqah dipaksa menggugurkan kandungan yg telah berusia 4 bulan oleh Anas melalui makan pil yang diberikan, tetapi Fiqah berkeras kerana menganggap anak itu sebagai tanda cinta! hehehe..."inikan tanda cinta kita bang, BONGOK! Tanda cinta konon! Dah 4 bulan ko baru nak bagitahu aku haa...." Fiqah dipukul dan ditampar sehinggalah terpaksa juga menelan pil dengan rela.

Fiqah kemudian diajak berpindah ke Flat 3A! dan ketika Anas ingin datang ke rumah tersebut, Fiqah telah ditinggalkan sendirian oleh Shasha yang menjemput Anas. disinilah baru korang akan rasa seram dan unsur² suspen dan menakutkan korang sepanjang babak Filem Flat 3A tersebut...Walaupun Shasha tidak merasakan sebarang ketakutkan atau pon gangguan ketika ditanya Fiqah, kenapa ya?

Kehadiran bayangan Fatin yang selalu menggangu Fiqah juga muncul menyeramkan penonton dan turut mengganggu Anas ketika tiba pertama kali di rumah Flat 3A kepunyaan Kang Suman (Zaidi Omar) yang disewa oleh Shasha.

Babak seram bermula dan penuh debaran, watak Fiqah sebagai Intan Ladyana amat menjadi dan menghidupkan jalan cerita filem ini, di samping watak Anas lakonan Adey Syafrien yang nampak seolah² masih baru dan banyak perlu dipelajari! keep it up bro! (",) Walaupun bagus sebenarnya...

Apa-apapun korang akan diganggu dengan nyanyian seram Fatin 

Satu satu...Fatin SayanG Emak,
Dua dua...Emak SayanG Fatin,
Tiga..tiGa sayang sama-sama,
Satu, Dua, Tiga...SayanG SelamAnya...

Menjadi siulan juga dalam wayang semalam....


Dan ayat seperti yang aku bagitahu di Sinopsis Filem Flat 3A "akak ade nampak guli adik?" tanya Fatin pada Fiqah ketika di tangga.


Dalam wayang tersebut kedengaran jeritan-jeritan penonton yang ketakutan, disamping hilai tawa penonton membalas sedikit dialog makcik di kedai runcit! dan adegan² lain...

Dan watak Wahyu lakonan Ery Zukhairi sebagai orang yang mempunyai ilmu pengubatan yang menjadi penyelamat dalam cerita ini. Persoalan yang bakal terjawab di pawagam nanti ialah ada jalan cerita sepenuhnya dan terselindung seperti yang korang tengok dalam Trailer Filem Flat 3A, dan barulah korang tahu Oh...disebabkan ini...Oh...begini...

Jadi nak lebih seram, pergi ke pawagam berdekatan mulai hari ini...
4 /5 bintang dari aku untuk Review Filem Flat 3A ini...Walaupun pemilihan pelakon bukanlah dari kalangan yang dikenali, tetapi berjaya membawa watak masing² dengan baik diperkuatkan oleh Khaty Azean, Intan Ladyana yang membantu mereka...

Aku agak kalau Abang Z ambil pelakon yang dah ada nama, mungkin kutipan Filem Flat 3A boleh mencipta satu kejutan buat Abang Z...Walau apa pun perlu diucapkan Tahniah, kerana percubaan mengetengahkan bakat² baru dalam dunia Filem kita!....Terbaik dari Azhari Zain



Untuk Barisan Pelakon Filem Flat 3A sila ke  Sinopsis Filem Flat 3A
Layan gambar-gambar aku waktu sebelum tayangan bermula
Bersama Intan Ladyana!...gambar aku plak rosak!
Gambar aku bersama Adey Syafrien (anas)

Aku bersama Pengarah Filem Flat 3A : Abang Zack @ Bro Azhari Zain
Anas @ Adey Syafrien
Dah tiga kali pergi preview, nih kali pertama ambil gambar dalam TGV!!!
siap ada popcorn dengan air coke disediakan...TQ MIG
Pah, kawan My Love...mewakili tiket Akak Ipar aku yang tak datang...
Dan terjumpa member aku lagi! Blogger Ujang dan Yana!
Depan seat aku, Azhari Zain, aku duduk belakang barisan artis...
tetamu MIG ONline yang lain duduk kat seat depan²! tak best! hahaha...
Ustaz MIG (",) yang selalu diundang membacakan doa bagi merahmati majlis.
Azhari Zain memberi sepatah dua kata! Filem ke 51 Metrowealth!

Gambar Barisan pelakon Filem Flat 3A

Dan


Dua watak utama dalam Filem Flat 3A, Adey Syafrien dan Intan Ladyana!
Gambar aku dengan Intan Ladyana rosak!...kesilapan kamera aku sendiri!!! sedih woo...huhuhu....takpe...len kali kite deting lagik ek...Intan sangat ramah, walaupun waktu tu dia da nak dipanggil masuk untuk interview, tapi aku sempat mintak die bergambar...TQ Intan!..jangan marah yer Adnan Sempit ngan aku!



Saksikan Filem Flat 3A
mulai hari ini 14 Julai 2011 di pawagam berdekatan anda!



nak duit free? jom baca ni [article
* Kali ini aku tak bergambar dengan Mr. David Teo (",) dah 2x asik ngan dia jer bergambar...HeHeHe...


Update 19 Julai 2011 :



Kutipan Tiket Semasa Filem Flat 3A dipawagam setelah 5 hari ditayangkan telah mencecah ataupun melebihi RM800,000 ribu ringgit, Teruskan memberi sokongan kepada Filem Seram terbaru dari MiG ini. * Maklumat dari David Teo masa Preview Filem Senario Ops Pocot.



Update 4 Ogos 2011 :


Kutipan Filem 3A sehingga 3 Ogos ialah RM1.43 juta kutipan tak rasmi dari Finas. Nanti Aku akan updatekan keputusan akhir dia ye.




Review Filem Flat 3A, Sinopsis Filem Flat 3A, Gambar Malam Pratonton Filem Flat 3A, Artis dan Pelakon Filem Flat 3A, Film Flat 3A Preview Movies, Kutipan Flat 3A, Kutipan Filem Flat 3A

17 ulasan:

  1. wow..!! mcm best jerr cite nih... thanks for good info..

    BalasPadam
  2. @wan_cikgumuzik ~
    wow jugak!...mmg kne gi tgk..sebab diluar jangkaan!

    BalasPadam
  3. @Adylia Qarissa ~
    macam seram? tp memang terbaik!...
    series!... hehe....

    BalasPadam
  4. ada sedikit anti dengan cerita hantu hhe

    BalasPadam
  5. hurmm..mcm cte mlayu biasa jeh..tapi cam nak tgk jgk,,heheh

    BalasPadam
  6. perghh......tunggu tv la nnt lau cerita2 camnih.....cam kureng jea....

    JEPUN KE FINAL PIALA DUNIA

    BalasPadam
  7. hehhehe...akhirnya...pic "mylove" dapat gak chinta tengok kat belog nih...huhuhu

    BalasPadam
  8. @sabree hussin ~
    anti dengan cerita hantu? oloh...xdpt la citer ni nak wat kutipan box office sebab kamoo tak pg...hihihi

    BalasPadam
  9. @Finaz Jaafar ~
    macam jer...tapi lain...hehee...tgk...tak rugi...siyes...lain

    BalasPadam
  10. Hurm....tgk gazet mcm seram....nak tau kena la pi tgk kat panggung..

    BalasPadam
  11. @puteri211079 ~

    betul...macam seram? tp sebenarnye mmg seram...dan akan ade yg tutup2 muke tak nak tgk!...hahaha

    BalasPadam
  12. salam jumaat farhan.. sori terpaksa tgal jejak kt sini. shout box u pjg kot sampe tpt nak taip msg tersorok dlm kotak screen pc.. nti cek ye my fren.. :-)

    BalasPadam
  13. @Ida Zuraida ~

    (",),,,ye ke...u pakai netbook eh...mungkin la x sesuai ngan view blog neh.... i da kecikkan shoutbox tue...

    BalasPadam
  14. @CintaZulaikha ~

    errrr......orang kate ek...awk kate camne

    BalasPadam
  15. dh tgj cte ni..mmg seram...
    lakonan intan mmg memberansangkan...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.