Header Ads

Proton Inspira, keretaku terbaik dulu kini selamanya



Akhirnya kereta yang aku idamkan iaitu Mitsubishi Lancer GT masih belum menjadi kepunyaan aku (",) dan menjadi lebih mudah untuk aku memiliki kereta idaman yang serupa Mitsubishi Lancer GT ialah dengan membeli Proton Inspira yang dikeluarkan hujung tahun 2010. Ia adalah turutun kereta keluaran Proton selepas model Proton Persona berada di jalanan pada tahun 2007 dan Proton Saga BLM dan seterusnya FL:

Sekali pandang macam Mitsubishi Lancer
Dua kali pandang memang bukan Mitsubishi Lancer
Tiga kali pandang betullah Proton Inspira

tapi kalau masih tak dapat bezakan juga...buat pandangan 

kali keempat dan dapatkan rawatan doktor mata...hehehe (",)

Dengan keupayaan yang hampir sama sebiji sebotol, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya menyokong dan membantu industri permotoran Malaysia - Proton yang mengeluarkan model yang mampu berdaya saing. (",)
(atau dalam erti kata lain kereta mampu milik)

Dengan harga Proton Inspira yang harga pasaran jauh lebih murah sekitar RM79k RM90k berbanding Mitsubishi Lancer sekitar RM110k hingga 125k. Ianya dikira berbaloi bagi kita rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah!...
Proton Inspira dengan taglinenya Smart Guys Get It sememangnya mampu memikat jejaka dan wanita di luar sana.

Inilah kereta yang mampu aku miliki dulu kini dan selamanya...Terima kasih Proton kerana kereta anda tidak banyak masalah buat aku memandu di jalanan sehingga kini. 



Klik sini untuk nak tahu tentang kereta aku atau tengok kereta aku kat bawah.

Sila skrol untuk gambar tengok gambar kereta aku dengan lebih jelas.


Proton Inspira






Proton Persona

Inilah sebenarnya kereta yang aku mampu miliki. (",)
I'm Lovin' it.

Proton Persona - Pride 'n' Joys

Aku juga menyertai kelab kereta bagi memeriahkan aktiviti dunia permotoran iaitu Kelab Pemilik dan Peminat Kereta Proton Persona Malaysia - Kelab Persona Malaysia (TPCC) yang boleh dilayari di www.thepersonaclub.com yang didaftarkan dengan Registry of Society (ROS). 

Disamping Kelab Proton Malaysia atau sebelum ini ProCC. Tetapi sejak diupgrade dan didaftarkan dengan ROS aku masih belum mendaftarkan diri secara rasmi. (",)

Waktu mula mula tengok Mitsubishi Lancer GT memang niat nak pakai kereta camtu, tapi kemampuan pulak di paras mana kan...HeHeHe...jadi mengharapkan Proton mengeluarkan kereta yang sama dengan model tersebut...

Tapi disebabkan lambat sangat Proton Inspira keluar dan aku pon tak penah dengar lagi tentang berita tersebut...maka Proton Persona lah yang aku beli sehingga kini, walaupun masih kepunyaan BANK (",) 

Dah beli Persona takkan nak tukar Inspira...sayang woo...tapi sebenarnya jeles dan terfikir, kenapalah Proton ni tak bagitahu yang ada model sebiji macam Lancer nanti!...Oh! Tidak!


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Proton Inspira dan Proton Persona serta Proton Saga FL sila layari di link berikut:


* Amacam, cantik dan mempersonakan tak kereta aku...???
*Syukur Alhamdulillah setakat rezeki yang diberikan kepada aku sehingga hari ini...






Harga Proton Inspira, Harga Mitsubishi Lancer GT, Proton Inspira vs Proton Persona, Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer, Perbezaan Proton Inspira dan Mitsubishi Lancer GT, Laman Web Proton, Kelebihan Proton Inspira, Kelebihan Proton Persona, Kelebihan Mitsubishi Lancer, Perbezaan Inspira dan Lancer GT

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.