Header Ads

Akaun Tabung Haji Ditutup...:-(

Akaun tabung haji ditutup? huhu...bukan akaun tabung haji untuk semua orang yang ditutup, tapi akaun Tabung Haji @ TH DVII sejak kecil dah ditutup. Mana DVII tahu?pagi tadi DVII ke Lembaga Tabung Haji @ Bandar Baru Bangi,(lokasi? belakang WARTA)... DVII amek no. dapat lah no. 504. Beza 2 dengan nombor semasa... sambil-sambil tunggu giliran DVII baca surat khabar... tup tap tup tap...giliran DVII pun tiba, terus DVII tanya dan beri No. IC baru dan No. IC Lama Ayahanda dan Bonda DVII, yelah...dulu mana boleh bukak akaun TH atas nama DVII kan kecik lagik...'time' tu Darjah 1, DVII last update Darjah 6 dan buku disimpan oleh TH...

Tiba-tiba baru2 ini tergerak DVII nak tengok akaun TH DVII sama ada masih aktif atau tidak, kalau ada boleh teruskan...tapi malangnya orang yang bertugas tu cakap akaun TH DVII dah tak aktif dan ditutup, minta buka akaun baru atas nama DVII dengan bayaran minimum RM2.00 untuk buka buku akaun baru Tabung Haji. (murahnyerrrr....anda dah ade buku akaun tabung haji ker???)

DVII pun isi lah borang kat kaunter tu, agak buang masa la jugak...sebab kenapa dia x skip DVII jer dan panggil orang seterusnya...(mungkin dia pun nak curik tulang juga...hehehe umpat plak)....so setelah urusan daftar buku baru selesai, DVII pun ambil borang untuk pemotongan gaji bulanan ke Tabung Haji...borang dia bewarna merah tau!...ambil dan isi, hantar kepada bahagian kewangan jabatan masing-masing katanye...so lepas tu...DVII 'breakfast' sorang-sorang kat kedai Nasi Ulam Cilipadi 'kot' nama kedai makan kat area situ, malas pulak nak pergi cari mamak time tu....terpaksalah DVII sarapan sorang-sorang pagi tadi....

Menu 'breakfast' DVII tak berat sangat...biasa-biasa jer...lepas tu DVII pun masuk ke 'office' semula dan paling 'tension' masa nak cari parking, mau 2-3 kali DVII tawaf bangunan-bangunan pejabat DVII semata-mata nak cari parking...disebabkan??? KAD AKSES tak bawa....uwaaaaaa.....


*** Akaun tabung haji DVII jer yang kena tutup sebab tak aktif dalam tempoh 7 tahun...so pepandailah yer....dan juga...bukan Akaun Facebook yang akan ditutup...hahaha









1 ulasan:

  1. duit dkt akaun lama tidak boleh dituntut ker?
    merujuk kepada ni http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/akaun-simpanan-yang-tidak-aktif-dalam-lembaga-urusan-dan-tabung-haji
    kita masih berhak pada akaun tersebut..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.