Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di I-City
Nampaknya malam tadi DVII keluar menyambut tahun baru 2011 di I-City bersama Abang, Kakak Ipar dan My Love bertemankan WTN...WRK rehat di rumah...hehe...
Seawal jam 6 petang keluar dari Putrajaya untuk menuju ke I-City, Seksyen 7, Shah Alam yang mana dikatakan berlangsungnya Konsert dan Sambutan Ambang Tahun Baru 2011. DVII keluar awal disebabkan tidak mahu tersangkut dengan kesesakan lalulintas di sana nanti. Sesampai di sana, DVII pergi ke Jusco Bukit Raja sementara menanti jam 9.00 malam untuk ke I-City. Sebab masih awal lagi sampai, so lepak lah dulu di Jusco, ramai juga orang di sana. DVII beli beberapa makanan seperti Air Tin, Pringle's, Coklat, dan Coklat Cadbury Bites sebagai kudap-kudapan semasa di I-City nanti.
OTW ke I-City, memang dah sesak, beratur panjang kereta menuju ke sana untuk 'dikenakan' bayaran parkir @ parking sebanyak RM10 untuk sebuah kenderaan pengunjung. DVII parking di kawasan kediaman @ Seksyen 7 kerana dekat sahaja dan berjalan menuju ke kawasan lampu yang terang benderang...hehehe....(dalam hati kata...exercise sikit...)
Kelihatan kelibat penguatkuasa perbandaran, RELA dan skuad Polis yang menjaga lalulintas. Kelihatan Stage disediakan di tengah-tengah tapak sebagai tempat artis kebudayaan dan artis jemputan membuat persembahan. Sewaktu DVII lalu, tiada persembahan kecuali hiburan muzik sahaja. DVII menuju ke satu bangunan bersebelahan dengan pentas konsert untuk berjalan-jalan menikmati cahaya lampu di I-City.
sambung...
Gambar-gambar diatas DVII rakam disalah sebuah 'kedai lampu' yang bakal dibuka pada bulan Februari 2011, DVII tanya dan diberitahu caj bakal dikenakan kepada pengunjung sebanyak RM2. Waktu Tahun Baru hari tue, masuk PERCUMA...so sebelum Februari DVII tak pasti pulak, rasanya masih percuma...Oh, ya...di dalam sana terdapat 12 buah Bilik yang bakal dihias dengan lampu² umpama berada dalam Rumah Sejuk atau Musim Salji...Besnyeeeeee....
sambung...
Post a Comment