Header Ads

Anugerah Juara Lagu ke-25 : JUARA Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Selesai sudah debaran Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 yang dirasai oleh peminat fanatik muzik tempatan yang mana sanggup untuk beratur tempoh hari mendapatkan 2000 tiket percuma dan juga yang sanggup melaburkan duit membeli tiket bagi menyaksikan persembahan artis kesayangan secara LIVE beraksi di pentas Final Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam ini 9 Januari 2011.



Berikut merupakan Finalis AJL 25 pada malam ini.

  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Keputusan Rasmi Anugerah Juara Lagu ke-25 :

JUARA AJL 25 : ANA RAFFALI - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara : Meet Uncle Hussin & Black - Drama King
Tempat Ketiga : HAFIZ - Noktah Cinta

Vokal Terbaik : HAFIZ - Noktah Cinta
Persembahan Terbaik : FAIZAL TAHIR - Hanyut

Kepada peminat-peminat yang menyangka pemenangnya ialah selain dari Ana Raffali anda diminta menerima hakikat yer... Tahniah buat Ana Raffali kerana sapu bersih semua termasuk komposer dan penulis lirik serta penyanyi. Mungkin selepas ini akan ramai lagilah wanita-wanita di luar sana akan beraksi sambil bernyanyi dan diupload ke YOUTUBE...hehehehe.....

TAHNIAH!!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.