Header Ads

UPDATE TERKINI : Kutipan Semasa Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Damping Malam, Aku Masih Dara, Janin dan Aku Tak Bodoh

Diam tak diam kita telah melangkah ke Tahun 2011 dan telah 12 hari meninggalkan Tahun 2010. Bagi industri perfileman tanah air yang meriah dengan filem hujung tahun beberapa Filem berjaya membuat kutipan pecah panggung @ box office dan sehingga kini tayangan untuk Filem Ngangkung dan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah masih lagi boleh ditonton di panggun wayang berdekatan anda.


Entri kali ini DVII nak update Jumlah kutipan terkini bagi filem filem melayu tanah air yang sedang berlangsung di pawagam. SILA KE LINK DI BAWAH SEKALI ENTRI INI UNTUK UPDATE TERBARU.....


KUTIPAN FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Jumlah kutipan terkini bagi Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dari Tayangan Unggul setakat 12 Januari 2011 'update dari FINAS' telah mencecah sebanyak RM 7.48 juta @ RM 7,480,000 setelah tayangan pertama pada 9 Disember 2010 yang lalu. Telah sebulan lebih berada di pawagam...dari sumber berita yang dikeluarkan di ruangan HIP pula, Gayatri memberitahu Hantu Kak Limah Balik Rumah telah membuat kutipan sebanyak  RM 7.5 juta.



KUTIPAN FILEM NGANGKUNG RM 8.16 juta
Jumlah kutipan terkini bagi Filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim dari Metrowealth Pictures sehingga 12 Januari 2011 'update dari FINAS' telah membuat kutipan sebanyak RM 8.16 juta @ RM 8,160,000 setelah ditayangkan sejak 25 November 2010 yang lalu dan sehingga kini masih lagi ditayangkan di beberapa panggung wayang terpilih seluruh Malaysia di antaranya di Mid Valley. Filem ini telah memecahkan rekod industri kutipan filem tanah air yang dipegang oleh Adnan Sempit pada Januari 2010 yang lalu.


KUTIPAN FILEM AKU TAK BODOH
Jumlah terkini kutipan keseluruhan Filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo yang telah ditayangkan dari 2 Disember 2010 dan sudah tamat versi wajib tayang hanya mampu membuat kutipan tiket sebanyak  RM 0.74 juta @ RM 740 Ribu sahaja. Tidak balik modal belanja pembikinan filem tersebut sebanyak RM 1.62 juta. Ini mungkin disebabkan jalan cerita filem yang dikatakan diadaptasi dari Filem I Not Stupid Too (2006) sebuah filem komedi Singapore arahan Jack Neo.
KUTIPAN FILEM AKU MASIH DARA

Jumlah terkini kutipan Filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham terbitan Metrowealth MIG - David Teoh sejak 9 Disember 2010 sehingga masih ditayangkan kini di panggung terpilih telah berjaya membuat kutipan RM 2.05 juta @ RM 2,050,000. Filem ini menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta gagal menyaingi kehebatan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah setelah ditayangkan serentak pada tarikh yang sama.


KUTIPAN FILEM JANIN

Jumlah terkini kutipan Filem Janin arahan M. Hitler Zami terbitan Primeworks Studios di bawah label Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dari 23 Disember 2010 sehingga 12 Januari 2011 kini telah membuat kutipan sebanyak RM 1.42 juta @ RM 1,420,000. Filem Seram ini Lakonan Sharifah Shahreza (Eja) bergandingan dengan Hairi Othman. Masih berkesempatan buat anda semua ke panggung wayang berdekatan.



KUTIPAN FILEM DAMPING MALAM

Filem Damping Malam merupakan filem penutup Tahun 2010 adalah sebuah filem arahan Ahmad Idham terbitan Metrowealth Pictures telah 12 hari dipawagam dan berjaya membuat kutipan sebanyak RM 1.49 juta @ RM 1,490,000 sejak 30 Disember 2010. Filem ini menelan belanja kos sebanyak RM 1.82 juta.


Berikut merupakan senarai kutipan Filem-filem penghujung tahun 2010.

Kutipan Terkini

1. Filem Ngangkung - RM 8.16 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 7.5 juta
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam - RM 1.49 juta

Ini bukan jumlah kutipan terakhir filem-filem berkenaan, kerana ianya masih ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan. Ia hanya diupdate berdasarkan kutipan terkini dari pihak FINAS.

Tahun ini mampukah Filem Kongsi membuat kutipan pecah panggung melebihi Filem Ngangkung???
Lihat Trailer dan Sinopsis Filem Kongsi di sini


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.