Header Ads

Cuci My Persona dan Kenduri Kahwin di Tasik Kesuma...


Salam selamat petang, DVII baru sahaja lepas merehat-rehatkan diri disebabkan kepenatan selepas mencuci My Persona DVII @ Kg. Baru Sg. Mahang. Sebelum tu DVII dan Family ke Tasik Kesuma menghadiri Majlis Kenduri Kahwin keluarga sebelah arwah atok di kampung. Tiada majlis persandingan dilangsungkan tetapi disambut dengan jamuan makan beradab oleh pihak pengantin perempuan. Terkejut jugak DVII sebab jarang tengok pihak perempuan tak buat majlis persandingan untuk kawasan-kawasan 'central' ini. Pak sedara DVII iaitu Pak Itam Mansor telah beredar sesampainya DVII dan Family di sana. Mungkin tunggu kami lama sangat dan juga pengantin pon bersanding dalam jam 2 petang...Lambat juga kan...:)

Selepas selesai menjamu selera, DVII dan Family menyinggah di kampung halaman untuk menziarah keluarga Pak Aji @ Pak Cik Razi yang tinggal berdua bersama anaknya dan juga menziarah keluarga Mak Long. Tetapi Mak Long tiada dirumah, mungkin keluar menghadiri jemputan kenduri kahwin. DVII mengambil kesempatan masa yang terluang untuk membersih dan mencuci kereta. Penat juga ya, huh...biasa hantar kat 'Car Wash' senang sajer...hehehe...dalam 30 minit lagi karpet 'bonet' DVII kering lah agaknya...sebab terlalu kotor 'dek' tumpahan bermacam jenis termasuk sabun...:) 

Sedang enak mencuci kereta, Pak Aji memanjat pokok kelapa mengambil 2 biji kelapa muda dan telah Akak Ipar yang bukak kelapa tersebut. DVII tahu minum saja...sedapnya...:) Tengah2 panas minum kelapa muda...:) Sebentar lagi DVII akan ke Nilai 3 disebabkan Bonda tercinta ingin membuat persinggahan di sana... huhu...berpanas lagi lah nampaknya.... ;-(

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.