Header Ads

UPDATE TERKINI : Kutipan Akhir Filem Ngangkung RM8.18 Juta, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Saingi kehebatan Ngangkung dengan Rekod RM 8.12 juta

KUTIPAN FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Jumlah kutipan terkini @ akhir bagi Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dari Tayangan Unggul setakat 26 Januari 2011 'update dari FINAS' telah mencapai kutipan sebanyak RM 8.12 juta @ RM 8,120,000 setelah tayangan pertama pada 9 Disember 2010 yang lalu. Telah sebulan lebih berada di pawagam sehingga semalam 27 Januari merupakan Tayangan Terakhir Hantu Kak Limah Balik Rumah di beberapa pawagam yang terpilih. Siapa sangka Filem Seram arahan Mamat Khalid berjaya membuat kutipan Mencecah RM 8 Juta...Sikit lagi nak pecah kutipan pecah panggung Filem Ngangkung.....RM 8.18 juta. Bagi siapa yang tak sempat tengok di panggung wayang, bolehlah mendownload Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di link ini Filem HKLBR



KUTIPAN KESELURUHAN FILEM NGANGKUNG RM 8.18 juta
Jumlah kutipan AKHIR bagi Filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim dari Metrowealth Pictures sehingga bulan Januari 2011 'update dari FINAS' telah membuat kutipan sebanyak RM 8.18 juta @ RM 8,180,000 setelah ditayangkan sejak 25 November 2010 yang lalu. Filem ini telah memecahkan rekod industri kutipan filem tanah air yang dipegang oleh Adnan Sempit pada Januari tahun 2010 yang lalu.

Update dari FINAS

Berikut merupakan senarai kutipan Filem-filem penghujung tahun 2010.

Kutipan Terkini

1. Filem Ngangkung - RM 8.18 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 8.12 juta *
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam - RM 1.66 juta *

* jumlah kutipan semasa

UPDATE : Kutipan Akhir Filem-filem Melayu penghujung tahun 2010 



1. Filem Ngangkung - RM 8.18 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 7.90 juta
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam -  RM 1.67 juta 

* pembetulan semula kutipan akhir filem Hantu Kak Limah Balik Rumah oleh pihak FINAS kepada RM 7.90 juta sahaja...

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.