Header Ads

Sinopsis + Gambar Filem Kongsi Tayangan 12 Mei 2011



Disebabkan esok DVII nak pergi menonton Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati , Jadi DVII pun carilah info serta sinopsis jalan cerita filem tersebut supaya tidaklah terpinga²...HeHeHe...trailer Filem Kongsi dah lama tengok dah, banyak kat Youtube... ;-) Search OK?...

Filem Kongsi bakal mencipta sejarah apabila ditayangkan pada 12 Mei dari segi tayangan kerana ia menjadi filem Melayu pertama yang akan ditayangkan di 100 pawagam di seluruh negara.

Ok...inilah sinopsis Filem Kongsi....Pengarah dia Farid Kamil, pun turut berlakon sebagai pelakon tambahan memegang watak polis(nak tunjuk muka jugak!)...rasanya...HeHeHe

Sinopsis Filem Kongsi :
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Pengarah
Farid Kamil

Penulis: Farid Kamil : (Lakon layar)
Farid Kamil : (Scriptwriter)
Fadzil Zahari : (Cerita Asal)
Fadzil Zahari : (Scriptwriter)

Lakonan:
Shaheizy Sam : Tumulak (Pelakon Utama)
Fizo Omar : ASP Shariff (Pelakon Pembantu)
Yana Samsudin : Inspektor Olla (Pelakon Pembantu)
Azad : Mikail (Pelakon Pembantu)
Bront Palarae : Kimpedu (Pelakon Pembantu)
Putri Mardiana : Yati (Pelakon Pembantu)
Krew :
Ollynn : (Pengarah Seni)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

Layankan beberapa gambar waktu Filem Kongsi tengah shooting...





keta polis evo yang kemek dalam filem kongsi ;-) 





Selamba jerk kete polis dihancurkan...huhu






pemilik gambar² shooting : Zukry Ahmad (baju merah 123)

* Sinopsis di ambil dari Sinema Malaysia
* Gambar gambar shooting Filem Kongsi dari Facebook kawan DVII Zukry Ahmad



Kereta polis evo 10 wsb 9342 filem kongsi, sinopsis filem kongsi, gambar filem kongsi, shaheizy sam, farid kamil, gambar shooting filem, gambar berlakon, gambar lakonan. kereta polis kemek, car police damaged, online ticketing, buy online cinemas ticket at gsc, golden screen cinemas, kongsi movies, tayangan filem kongsi,jalan cerita filem kongsi,watak filem kongsi,lu langsi lu mati, aksi ,





8 ulasan:

  1. wah macam best je...nak ikut2.....DVII banje erk..

    BalasPadam
  2. sile bwk cik suha gak hehehe..
    tq sbb jengah belog cik suha =)

    BalasPadam
  3. sile bwk cik suha gak hehehe..
    tq sbb jengah belog cik suha =)

    BalasPadam
  4. @chinta ~
    nak ikut ek... kene banje ar...HeHeHe...

    BalasPadam
  5. @suha ~

    huhu...bawa cik suha gak eh....
    mai2...tunggu depan gsc tu nnt...hehehe

    BalasPadam
  6. @Pwincess sarah ~

    bes ke...tak bes sebenarnye...hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.