Header Ads

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Puratos Secret Recipe???Penafian Secret Recipe ???

Sila baca sehingga habis sebelum di sebarkan ;-)

TABAYYUN DALAM ISLAM - TAFSIR AYAT 6  SURAH AL-HUJURAT
6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.



Dalam minggu lepas setelah DVII pergi ke IKEA yang mana CAFE ianya ditutup disebabkan kerja-kerja menyamak peralatan dan perkakasan minuman dan makanan kafe tersebut dilakukan....(frust tak dapat makan meat ball!)...My Love ada memberitahu DVII yang Secret Recipe pun ada diharamkan juga...tertanya juga, menu apa yang diharamkan?...pulak...selepas satu restoran diserbu dan disamak seperti Kluang Kopitiam tempoh hari, kini berbagai lagi jenis restaurant and cafe diterjah oleh pihak berkuasa...syabas anda menjalankan tugas dengan baik, walaupun agak terlambat!...disebabkan telah berduyun² orang Islam pergi ke kedai-kedai berkenaan...HuHuHu

Kini DVII nak kongsikan maklumat berkenaan menu Kek dan Roti dari Secret Recipe tersebut yang dibekalkan oleh Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.


8. TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9. TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


Ini pula kenyataan dari Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

* kenyataan penuh sila ke laman rasmi www.halal.gov.my --> PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD.

Fuh... Puratos???Secret Recipe??? haa...macam konpius jugak....Puratos Malaysia Sdn. Bhd. adalah pembekal ramuan kek dan roti yang mengandungi DNA Babi kepada Secret Recipe yang membuat Kek dan Roti, jadi Jenis² Kek yang menggunakan bahan tersebutlah dikategorikan haram, terpaksalah Secret Recipe melakukan proses samak ke atas peralatan dan perkakasan seperti yang diminta.

La...sebenarnya yang dikenakan tindakan ke atas PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. bukannya SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD. Nama Secret Recipe harus dibersihkan...HuHuHu...

Website Rasmi Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Website Rasmi Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd.


Berikut merupakan penafian dari pihak Secret Recipe


Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

Sejak akhir-akhir ini, senang² shj. kafe-kafe yang ternama terlepas pandang ramuan atau produk yang mereka gunakan, pelanggan sudah semestinya tahu order makanan dan makan sahaja...:-) huh!... ape perlunya letak dna babi atau pun enzim babi mahupun gelatin babi di dalam ramuan makanan???.... ada member DVII cakap...dia tanya tauke dia, kata boleh jadikan produk/makanan tu wangi...HaHaHa...gelak sakan DVII dengar....

Benda yang haram tetap haram... ;-) so mulai sekarang, berhati-hatilah apabila hendak mencari tempat makanan segera @ fast food... ;-) yang restoran biasa...sendiri fikirlah ya... ;-)

Nasib baik Harian Hullahup tidak disaman oleh Syarikat Secret Recipe! HuH...berhati-hatilah didalam membuat kenyataan di blog, akibat kemudian hari tiada siapa tahu...boleh popular gitue.... 
:-)....mana nak cari duit nak bayar saman!...


Maknanya...kek dan roti di Secret Recipe masih halal lah yer?...;-) Jom...Jiom...Jom...

* walaupun DVII lambat kongsikan info ini, sekurang²nya ianya dapat membantu diantara kita yang belum tahu lagi... ;-)

* sumber & credit disunting dari http://www.halal.gov.my/ , http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com , http://harian-hullahup.blogspot.com, http://layarminda2.blogspot.com/ , facebook secret recipe malaysia https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia


tags : status halal kek dan roti secret recipe, kebenaran halal secret recipe 

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.