Header Ads

Ke 1 Utama Tengok 2 Fast 2 Furious 5


Semalam DVI keluar jalan-jalan dengan MyLove setelah sekian lama rasanya jarang keluar di hujung minggu ;-). Semalam DVII rancang hendak pergi ke IKEA dan juga 1 Utama. Minggu lepas dah pergi IKEA dengan keluarga abg dan akak ipar, dan pekena meatball, tu yang kali ini ingat nak pergi berdua pula...HeHe...pantang dengar orang makan meatball, mesti teringin nak pergi IKEA...kalau hari2 dengar orang makan meatball??? Asik ke damansara lah jawabnye...masak!...:-)

So kitorang decide hendak pergi ke OU dulu tengok wayang dan selepas tu baru pergi ke IKEA.  Tiket dah beli online via GSC Websites masa pergi ambil MyLove tadi di Shah Alam. (tak sempat minta dia beli waktu kat rumah, jadi terpaksa pergi CC...)

 Ha...ni satu hal juga, pergi CyberCafe tadi dekat 10 minit online still satu page pun tak load lagi...CyberCafe ni Melayu punya dekat Pusat Komersial Seksyen 7...tension jer rasa...siap DVII bertongkat dagu lagi...akhirnya dekat 15 minit DVII dah bosan nak tunggu...menyampah!!!...terus check out kat kaunter, kenalah charge RM0.60 yang tak berbaloi langsung...ni lah CC kalau owner dia Melayu...bukan DVII nak rendah2 kan perniagaan orang Melayu atau taknak support Melayu Kite! Tapi services/perkhidmatan kurang memuaskan...semua orang tahu rasanya...then DVII terus pergi ke CC berdekatan area Rest. Hakim tue, rasanya semua orang tahu juga CC dekat situ...memang puas hati lah DVII pergi...tekan jer URL terus enter dah keluar pages website GSC or laman web lain tak perlu nak menongkat dagu atau langit...HaHaHa...macam nih lah baru pelanggan datang berulang...services baik punya...;-) then DVII bayar RM3 sebab 2 PC kitorang guna utk 30 minit...Bayar lebih pun puas hati lah sebab guna bukan menongkat dagu!...

Episod marah bengang dan tension dengan CyberCafe dah habis...

Sampai kat OU terus gi ke Booking Counter Collection Ticket...senang ambil awal-awal...;-) pastu gi beli ticket online via Transnasional website untuk adik MyLove balik ke kampung...HuHu..singgah CC lagik...kalau ade Ipad kan senang...;-) then terus pergi solat dan cari tempat nak makan....dah lapar...DVII nak makan Mc’D ley dapat gelas coca-cola free untuk buat koleksi, tapi MyLove nak makan KFC...HuHu...so makan jerlah...MyLove belanja...sayang dia...;-)

nyum3x...sedapnye tengok KFC Chicken Chop neh..MyLove yang orderkan...



ada ke patut gune sudu plastic?



Ni gambar kontroversi!, huhu...makan kfc tapi tengok jer Mc’D kat depan tue, iyerlahkan...Mc Donald’s sebelah-sebelah jer dengan KFC kat 1 Utama tue...

MyLove kata Krush'ers nih x berapa sedap...tapi DVII layan jer..orait per...

Lepas tu, DVII jalan-jalan lah kat 1 Utama tue, tengok apa yang ada...susah juga nak ingat lokasi dia yer, banyak sangat wings...HuHuHu...

Tersinggah pulak kat kedai buku depan GSC tue
so usha² lah Majalah Kereta ada pulak KBS buat Kereta Autoshow Sempena Hari Belia Negara 2011 di Belakang Istana Kehakiman Presint 3, Putrajaya 28 Mei 2011 bermula jam 9.00 pagi...
dah lama DVII tak menjoinkan diri ke tempat² karnival autoshow neh...

Antara kategori yang dipertandingkan
sila rujuk atau beli Majalah Kereta berdekatan rumah anda okay! HeHeHe


Singgah pula di Charms Cafe yang terletak berhampiran TGV lama di 1 Utama tue, kini tengah renovation rasanya belum siap lagi...MyLove singgah sini sebab dah haus sangat...HuHuHu...
harga makanan dan minuman boleh tahan...;-) biasalah ...1 Utama kan...
Decoration dekat Charms Cafe juga boleh tahan dan kalau tengok kedai nih ala-ala Vietnam kot...sebab dalam menu dia mesti ada menu air Vietnames Cofffe...
nih bawah ni gambar buku menu dia...usha lah!



Yang ini pula FairladyZ warna hitam yang DVII spot selepas habis tengok cerita 2 Fast 2 Furious 5 lebih kurang 8.20 malam. Dan jam 9 malam terus menuju ke parkir kereta...biasalah 1 Utama kan @ Damansara...setakat nak tengok kereta-kereta mewah nih senang sangat...bersepah orang kata...tapi yang nih pelik sikit...sebab no. plate dia bewarna kuning...agong ker??HaHaHa...suke² jer pakai no. plate camtu kan.....salah disisi undang² neh....

Yang neh pulak DVII jumpa Proton Inspira parking sebelah Mitsubishi Lancer GT. HeHeHe...siapa parking sebelah siapa yer?... ;-) dua-dua comel tapi Lancer GT lah paling sesuai dengan jiwa muda...dan Inspira akan jadi lebih sesuai jika ditukar front bumper kepada Lancer GT Front bumper...dah jadi sebiji macam Lancer GT....ntah bilalah nak merasa pakai keta camni....lambat sangat Proton keluarkan Inspira...kalau tak...boleh lagi nak ambil versi Inspira...HuHuHu

So selepas itu, kitorang pun pulang...HeHeHe...

* Tapi nak cerita pasal 2 Fast 2 Furious yang memang berbaloilah pergi tengok film camtu...rasa macam nak tengok lagik jerk...HuHuHu.....sape nak banje?











3 ulasan:

  1. Hello all newbies, how are you all. I am very big fan of Paul Walker. I am very sad after his untimely Death. But i am waiting for his last Movie Fast & Furious 7, which is coming in March 2015. So i am very excited to watch this Movie, which will be definitely a interesting as well as a huge Movie ever.

    http://www.furious7fullmovie.com/

    BalasPadam
  2. I am very big fan of Paul Walker. I am very sad after his untimely Death. But i am waiting for his last Movie Fast & Furious 7, which is coming in March 2015.

    http://www.furious7iwannawatch.tumblr.com/

    BalasPadam
  3. Paul Walker was an American Actor. He began his Carrier best Guest - Starring in Several Television Shows such as the Young and the Rastless as well as Touched by an Angel. Paul Walker has given Number of awesome Movies and this will be his Last Movie for his Fans. That's name is Fast & Furious 7, which is coming in March 2015.

    http://furious7onlinefree.blogspot.com/
    http://furious7fullmovie.blogspot.com/
    https://furiousseven.wordpress.com/
    https://plus.google.com/110840266038990476659/posts/EZax8vLWdKj
    https://www.pinterest.com/jagjitsingh537/
    http://furious7fullmovieonlinefree.weebly.com/
    https://storify.com/adamwalkner/the-solid-of-the-fast-and-furious-7
    http://articles.pubarticles.com/how-to-old-statements-vs-new-statements-on-furious-7-1425032420,1506904.html
    http://goarticles.com/article/Quick-Summary-and-Working-Links/9940250/
    http://tweetvite.com/event/7f7

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.