United atau Chelsea teruskan kemaraan merebut kejuaraan EPL?
ENGLISH PREMIER LEAGUE
Manchester United
vs
Chelsea
Old Trafford Stadium
8th May 2011,
11.05 Malam (Malaysian Time)
Live @ Astro
Malam nanti bakal menyaksikan perlawanan penuh debaran di antara pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United dengan Juara Bertahan, Chelsea yang kini dipisahkan dengan 3 mata dan mempunyai perbezaan gol yang sama iaitu 38.
Seandainya Chelsea menang, ia akan memberi peluang skuad kendalian Ancelotti itu berada di puncak English Premier League (EPL) buat pertama kali sejak melepaskan singgahsana pada November 2010 yang lalu akibat kemerosotan prestasi yang menyaksikan Chelsea melakar rekod terburuk liga kelab itu dalam tempoh lebih sedekad. Dan Chelsea seakan-akan sudah tersingkir daripada mencabar kejuaraan EPL setelah ketinggalan 15 mata di belakang United 1 Mac lalu.
Giggs juga tidak menyangka Chelsea boleh kembali bersaing setelah ketinggalan jauh Mac lalu dan kini menghambat Arsenal di tangga kedua dan United secara konsisten dalam 9 perlawanan mempunyai 25 mata dari 27 mata maksimum.
Kemenangan buat United pula akan meletakkan mereka sukar dicabar apabila baki perlawanan yang tinggal menentang kelab yang bergelut untuk kekal dalam saingan liga musim depan iaitu Blackpool dan Blackburn. Tetapi jangan lupa, kelab dalam situasi tersebutlah yang akan mempamerkan permainan hidup-mati berbeza dari permainan biasa liga dalam beberapa perlawanan terakhir mereka. United harus menerima serangan dan asakan berkenaan sebelum mampu menundukkan mereka.
United yang gagal membuat penyudahan teka-teki siapa juara liga lebih setelah kehilangan mata ketika seri dengan Newcastle 0-0 dan tewas kepada Arsenal 0-1 di tempat lawan. Peluang tersebut diambil oleh Chelsea, sebaliknya tidak bagi Arsenal yang turut berada di kemerosotan prestasi apabila banyak seri dalam perlawanan terakhir. United pula mungkin berada dalam kepenatan akibat terpaksa fokus di dalam 2 pertandingan kejuaraan berbanding pesaing mereka yang sudah tersingkir dari saingan Eropah lebih awal.
Kini, United perlu menamatkan cabaran Chelsea di depan puluhan ribu penyokong setia Red Devil itu yang menanti di Old Trafford yang dianggap gelanggang keramat musim ini setelah United tidak pernah tewas lagi dan jarang sekali seri diikat oleh pihak lawan. Adakah Old Trafford bakal menyaksikan kebangkitan United menutup sisa-sisa peluang kejuaraan yang dimiliki oleh Chelsea?
Ataupun Chelsea yang bangkit dari ketinggalan jauh satu ketika untuk mempertahankan kejuaraan mereka?
Sama-sama kita nantikan detik berikut jam 11.00 malam ini Waktu Malaysia.
Perlawanan united vs chelsea waktu Malaysia, manchester vs chelsea Malaysia time, united vs chelsea highlights, preview match, review game, barisan kemungkinan united untuk perlawanan.
Post a Comment