Header Ads

Duit Bonus Raya 2011 : Bonus Kakitangan Kerajaan Selangor sama dengan Negeri-Negeri Lain

Update Terbaru di bawah
Duit Bonus Raya 2011 : Kakitangan Kerajaan Selangor dapat RM500, Negeri Lain Mesti Dapat Juga (",)
Bagaimana dengan Bonus Hari Raya mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri sendiri. Melaka, Terengganu, Pahang serta negeri lain sudah tentu mengikut pemberian bonus Kerajaan Pusat.



Mungkin ramai penjawat awam yang berharapkan bonus ataupun duit raya bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 kali ini dengan mendapat bantuan khas kewangan aidilfitri a.k.a Bonus Kakitangan Kerajaan 2011 daripada Kerajaan Malaysia. Tetapi apa yang diketahui sehingga hari ini, masih tidak ada sebarang pengumuman ataupun pekeliling dikeluarkan. (",)
  
Dan apa yang pasti, Kerajaan Negeri Selangor  telah pun mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM500 melalui tweet MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 3 Ogos 2011 yang lalu di Twitternya secara tak rasmi. Aku mula-mula tak percaya juga, apabila terlihat di facebook, blog-blog tentang bonus raya RM500,  jadi carilah sumber dan  tengok  twitter beliau, memang ada announcement berkenaan. Seronok betullah kakitangan yang bekerja di bawah Kerajaan Negeri Selangor kan. Dah sah-sah memang dapat wang imbuhan raya RM500 dari Kerajaan Negeri. Tunggulah surat pekeliling bonus dikeluarkan oleh SUK Negeri dan menantikan masa sahaja tarikh duit bonus tu nak dimasukkan ke akaun masing-masing. (",)...(nak sikit boleh?)
 

"Sidang Media: Exco telah bersetuju utk memberi bonus pertama kpd penjawat awam Gred 54 ke bawah sebanyak RM 500 utk Hari Raya."





 
Bonus Pertama??? jadi memang confirmlah hujung tahun 2011 Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor dapat lagi Bonus Kedua (",). Best3x...Dah dapat duit banyak-banyak tue, kerja rajin2x tau!...
 
 Untuk kakitangan kerajaan Malaysia yang lain pula janganlah risau, kerana jika Kerajaan Negeri Selangor sudah memberikan bonus RM500 kepada kakitangannya, sudah pasti Kerajaan Pusat iaitu Kerajaan Malaysia tidak akan terlepas pandang juga dengan memberikan bonus awal minima RM500 atau lebih sebagai bantuan khas kewangan Aidilfitri atau pun Bonus 2 bulan gaji seperti yang diminta oleh CUEPACS kepada lebih 1 juta kakitangan kerajaan yang lain. Tunggu masa dan ketika... sama-sama kita berdoa.

*** Kalau dah Kerajaan Selangor bagi, mesti lepas nih, Kerajaan Negeri lain, Perak,Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan lain-lain akan buat pengumuman juga, macam tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang antara yang terawal membuat pengumuman memberikan bantuan khas kewangan kepada kakitangannya.
___________________________________________________________
Baca Update Baru:
Jom MyRaya bersama Maybank
Download dan tengok Pekeliling Bonus 2011 Tarikh Bayaran Bonus 2011 Kakitangan Kerajaan

Kerajaan Selangor yang paling awal membuat pengumuman pemberian bonus pertama secara tak rasmi 3 ogos lalu melalui twitter MB Selangor, akhirnya menyertai 7 Negeri lain yang sudah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di bawah kerajaan negeri dan minima RM500. Kecuali Pulau Pinang sahaja yang memberi bonus lebih kepada kakitangannya pada bonus kali ini. Ikut berita di link bawah.

Update 11 OgosDi SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.Sumber :Bernama



Duit Bonus Raya, Pekeliling Bonus Kerajaan Selangor, Pekeliling Bonus Selangor 2011, Bonus Kerajaan Negeri Selangor, Pekeliling Imbuhan Khas Kewangan Aidilfitri 2011, Wang Ihsan, Duit Raya dari Kerajaan Negeri, Bonus Raya untuk kakitangan awam,

4 ulasan:

  1. mintak2 kerajaan pusat pun bermurah hati memberi bonus @ duit raye la...hehe

    BalasPadam
  2. @DeQWa ~

    hehe...kerajaan pusat bermurah hati ye?, boy pon rasa gitue, sonok gakla 1 Malaysia kan...(",)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, harap penjawat awam dapat menjalankan kerja dengan lebih baik lepas dapat bonus nanti.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.