Header Ads

QPR sedia uji Safee dan Apek



QPR sedia uji Safee Sali dan Apek?
Wah...menarik betul kan kita sebagai rakyat Malaysia dengar berita macam ni, nak-nak player Malaysia akan atau bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris. Walaupun hanya panggilan untuk menyertai latihan bersama Queen Park Rangers (QPR) yang baru sahaja dimiliki oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. iaitu Tan Sri Tony Fernandez melalui pembelian.


Eloklah dah berjaya beli kelab EPL di England tue, biar tak top mana pun, janji tak lupakan rakyat Malaysia untuk diberi pendedahan yang lebih meluas dalam sukan bolasepak tempatan ini untuk mara jauh ke arena antarabangsa.


Aku berharap, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat betul-betul berpeluang mengikuti latihan bersama QPR disana nanti. HeHe...baru terbuka mata negara lain nanti!....pastu jangan lupa bawa juga player-player Malaysia yang lain menimba latihan di sana sekali!...


Untuk maklumat lanjut, dapatkan akhbar Utusan Malaysia hari ini. atau layari sini.


Sumber dibawah adalah petikan dari Utusan Malaysia Online.



KUALA LUMPUR – Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu
Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga 
untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.



2 ulasan:

  1. @Cik Rara ~

    sy kagum juga, tapi harap2 ada pelapis kepada safee sali yang lebih menyerlah...hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.