Header Ads

Sinopsis Filem Bini Biniku Gangster | Trailer Filem Bini-Biniku Gangster

 Sinopsis Bini Biniku Gangster | Trailer Filem Bini Biniku Gangster
Update Link : Review Filem Bini-Biniku Gangster


Filem Bini Biniku Gangster merupakan sebuah lagi filem keluaran Metrowealth Pictures yang dijangka bakal mendapat sambutan box office dari kalangan peminat filem tempatan dan juga peminat pelakon utamanya iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin & Intan Ladyana.

   Pengarah Filem Bini Biniku Gangster juga diarahkan oleh Pengarah Filem Ngangkung merupakan filem ketiga Ismail Bob Hashim berkonsepkan Aksi Komedi sama seperti Filem Kongsi yang ditayangkan pada awal Mei 2011 telah mendapat kutipan pecah panggung untuk tempoh seketika. Mampukah Kutipan Filem Bini Biniku Gangster ini mencatat rekod yang sama? (",) harap kutipan dia boom. Kutipan Filem Malaysia sekarang sukar diramal, tengok pilihan penonton.Bagi aku Filem ini mesti best dan kelakar...harap-harap jalan cerita tidak membosankan (",), mungkin bergelak ketawa sampai habis...Lagi-lagi skrip dia hasil buah tangan Yana Samsudin yang bergabung tenaga dengan Fadzil Zahari, mesti korang nak tengok apa yang bestnya bukan?

Dengan dibintangi oleh Intan Ladyana dan juga Yana Samsudin sudah pasti penonton ingin melihat watak ganas yang dibawa oleh mereka selaku ketua kumpulan gangster. Jadi tunggu 22 September 2011 untuk tayangan umum Filem Bini Biniku Gangster di pawagam terpilih!...

 Tagline : Lu Langsi Wa Kahwin Lagi
Sinopsis Bini-Biniku Gangster :

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya.

Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Pengarah Filem Bini Biniku Gangster :
Ismail Bob Hashim 

Pelakon Utama Bini Biniku Gangster :
Shaheizy Sam sebagai Herry (Pelakon Utama)
Yana Samsudin sebagai Manja (Pelakon Utama)
Intan Ladyana sebagai Reanna (Pelakon Utama)
Zul Handyblack sebagai Muza (Pelakon Pembantu)

Krew :
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar : (Pengarah Fotografi)
Ollynn : (Pengarah Seni)
Kartika @ Sugirah bt Mohammad : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penulis Skrip:
Fadzil Zahari : (Scriptwriter)
Yana Samsudin : (Scriptwriter)

Penerbit :
David Teo : (Penerbit)

Trailer Bini Biniku Gangster

 

Gambar Gambar Lakonan dalam Filem Bini Biniku Gangster

Layankan....

 Pergh, Yana pakai parang tue...ganas!
 Gaya wanita pergi ke dapur
 Shaheizy Sam!
 Shaheizy Sam dating dengan Intan Ladyana!
Shaheizy Sam akad Nikad!

 Bakal isteri Shaheizy Sam, yang keberapa?
 Isteri tua yang bengkeng
Aksi Intan ladyana dan Yana diatas katil tunggu SAM pulang...
Nantikan Filem yang menggandingkan Yana Samsudin dan Intan Ladyana bersama jejaka terhangat di Malaysia! Shaheizy Sam dalam Bini Biniku Gangster tayangan pada 22 September 2011 di pawagam tanah air









Bini Biniku Gangster, Youtube Bini Biniku Gangster, barisan pelakon Filem Bini Biniku Gangster, Filem Bini Biniku Gangster, sinopsis Filem Bini Biniku Gangster, review Filem Bini Biniku Gangster, jalan cerita Filem Bini Biniku Gangster, pelakon utama Filem Bini Biniku Gangster, pengarah Filem Bini Biniku Gangster, watak Shaheizy Sam sebagai Herry, watak Intan Ladyana dalam filem, tiket tayangan Filem Bini Biniku Gangster, kutipan tiket Filem Bini Biniku Gangster, Malay Comedy movies, Filem Komedi Aksi, Watak Yana Samsudin dalam Filem Bini Biniku Gangster, Watak Mat Saja dalam Filem Bini Biniku Gangster, Selebriti Kontroversi Berpelukan dalam Video Klip

8 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.