Header Ads

Pelajar UiTM Kedah dikelar leher, Suspek masih dicari


Ngeri pulak aku terbace isu kelar leher ni, kalau tak silap, info yang aku dapat tahu dari facebook dan media, pelajar IPTA yang cedera dikelar leher ni berlaku di Kampus UiTM di Negeri Kedah. Laporan berita pun menunjukkan IPTA di Merbok (",) UiTM Kampus Merbok la kan.....


Isk3x...isu bukan ape pon kalau ikut laporan media ni lah kan....kes putus tunang je...sampai tak boleh fikir dengan waras pastu orang lain yang jadi mangsa...bahayanya masalah peribadi bila melibatkan orang lain...

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dan keluargaku dari masalah sebegini, yang boleh membawa kemudaratan dan maut ke atas nyawa seseorang. Amin...

Mintak simpang weh.... sejak akhir-akhir ni, kes bunuh, tikam sesama rakan dan simbah asid orang tak dikenali berlaku secara berleluasa di Malaysia... apa nak jadi la yer...huh.... ;-(

Betullah badi sedang berlaku kot...sebab yang hangat sekarang, kes bunuh membunuh sesama darah daging dan pertumpahan darah sedang berlaku...berbanding kes hangat buang bayi, kes bayi tersedak susu....yang telah berlalu secara beransur....huhu

Ikuti laporan dari Harian Metro dan Bernama.

Pelajar IPTA cedera leher dikelar rakan


SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

"Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa," katanya.

Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya. - Bernama

* Gambar suspek kelar leher aku tak dapat nak paparkan, dan gambar suspek yang dikelar juga aku tak dapat nak tunjukkan...sebab aku pon takde gambar tue...esok baru ada...hehehe







uitm kedah bunuh, pelajar uitm kedah dikelar, kejadian tikam pelajar uitm kedah, kes kelar pelajar UITM, kes gaduh pelajar UiTM kedah, Pelajar IPTA cedera leher dikelar rakan, pelajar uitm merbok kelar leher, kes kelar di uitm.

7 ulasan:

  1. macam2 lah skrg ni.... ermmm......
    tertarik dgn entry ni..
    drop by sambil2 klik iklan ..
    singgah2 n klik2..
    sama2 jana tabung nffng..

    BalasPadam
  2. mcm mana erk nk buat hadiah tu erk... tak pandai sgt. baru awal tahun ni join bloger ni....

    BalasPadam
  3. manusia skrg mmg kejam kan,

    kes bunuh mkin creepy bile didgr...haish

    takut...

    BalasPadam
  4. @NormaLiza Mah ~

    erm...macam2 sekarang...dah tak terkawal lagi...
    habisler.....

    BalasPadam
  5. @Tasha ~

    faktor keadaan dan sekeliling juga kan...dan paling penting kene kuatkan iman..hehe

    BalasPadam
  6. @Normaliza Mah ~

    hehe...tak pandai ek...ala, yang give-away2 tue..hehe..takpelah takde hadiah...sebab sy pon xpandai juge...xde join ape2 contest blog pon ;-)

    BalasPadam
  7. seram btul dgr mse ari tuh...smpai kitorg xlena tdo sbb tringt kes tuh..ish3...da la kolej dak laki tuh dkt2 je ngn kolej kitorg..huhu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.