Header Ads

14-11-2010 : @ DVII HOUSE after Groom BIG 2010 @ Putrajaya

Huh, selepas DVII pergi ke event Groom BIG 2010 @ Putrajaya petang tadi bersama PUTRAJAYA 37**, nampaknya DVII kecewa sedikit disebabkan terpaksa meredah hujan untuk kesana. Terdapat jualan produk-produk tempatan yang mana nama syarikat atau usahawan terbabik belum dikenali oleh kita ini disebabkan produk tersebut tiada di pasaran biasa.

Fatihah Frozen Food adalah salah satu dari banyak 'booth' yang mengambil bahagian,
antara jualan usahawan tempatan ialah keropok,kerepek,biskut (sempena raja aidil adha), makanan beku segera seperti samosa, sardin gulung, 'booth' syarikat Nestle, perabot rumah, dan pelbagai lagi termasuk bank-bank utama seperti BSN,Bank Rakyat agaknya nak tawarkan pinjaman @ loan kepada pengunjung yang rata-rata penduduk putrajaya/kakitangan kerajaan...hehehe....

Di hujung sekali adalah tempat artis membuat persembahan, yang kedengaran masa DVII pergi ialah Amylia agaknya...kemudian DVII beransur pulang setelah membeli Nestle Milo 240ml sebanyak 8 tin, (stok tueee...) dan beberapa lagi oleh My Fam.
Setibanya dirumah di Presint 8 yang bertentangan dengan tempat tersebut, kedengan nyanyian Nash! pergh....rugi lak tak pergi sana...DVII merehatkan diri sambil mengonlinekan diri... lepas ni nak kemas bilik pulak...:) oK! ~

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.